ePrasekolah: Panduan Pendaftaran Prasekolah KPM Sesi 2023 Secara Online & Manual
Ibu bapa yang mempunyai anak yang akan melonjak umur 4 tahun hingga 6 tahun pada tahun 2023 boleh buat pendaftaran prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sesi 2023 pada tarikh yang ditetapkan.
Pendaftaran anak ke prasekolah sesi 2023 boleh dibuat secara online seawal bulan hadapan, iaitu mulai 1 Mac 2022. Ibu bapa yang ingin daftarkan anak ke prasekolah tahun hadapan diminta untuk ambil perhatian dengan tarikh pendaftaran tersebut.
Ikuti perkongsian di bawah untuk panduan membuat pendaftaran prasekolah sesi 2023/2024 secara online.
Isi Kandungan
TARIKH PENDAFTARAN PRASEKOLAH KPM 2023
Tarikh pendaftaran anak prasekolah KPM sesi 2023 dibuka adalah pada:
- Tarikh pendaftaran online: 1 Mac 2022 hingga 30 April 2022
- Tarikh pendaftaran manual: 1 Mac 2022 hingga 31 Mei 2022
- Tarikh semakan: 5 Ogos 2022
- Tarikh rayuan: 5 Ogos 2022 hingga 20 Ogos 2022
SYARAT PENDAFTARAN PRASEKOLAH KPM 2023
Ibu bapa diminta untuk semak syarat pendaftaran anak ke prasekolah KPM sesi 2023 di bawah:
- Kanak-kanak mestilah warganegara Malaysia
- Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2017 hingga 15 Januari 2019 sahaja yang layak untuk membuat pendaftaran prasekolah KPM sesi 2023
PANDUAN PENDAFTARAN PRASEKOLAH SESI 2023 SECARA MANUAL
PANDUAN PENDAFTARAN PRASEKOLAH SESI 2023 SECARA ONLINE
Pendaftaran anak prasekolah sesi 2023 boleh dibuat secara online dengan panduan berikut:
- Pergi ke pautan https://eprasekolah.moe.gov.my/
- Klik DAFTAR PENGGUNA bagi pemohon baru untuk membuat pendaftaran akaun
- Lengkapkan semua maklumat dengan tepat dan klik DAFTAR
- Log masuk menggunakan akaun didaftarkan tadi
- Klik BORANG PERMOHONAN PRASEKOLAH
- Pilih sekolah dan buat pengesahan permohonan
- Cetak permohonan dan hantar borang yang dicetak bersama dokumen sekolah
Perhatian!
- Pastikan maklumat yang didaftarkan adalah maklumat ibu bapa/penjaga
- Pastikan nama yang didaftarkan adalah nama penuh dan nombor mykad yang betul bagi mengelakkan sebarang masalah ketika pendaftaran
- Pastikan pengguna ingat kata laluan
- Pastikan alamat email dan nombor telefon yang didaftarkan aktif.
SEMAKAN PENDAFTARAN PRASEKOLAH SESI 2023
Semakan status pendaftaran anak ke prasekolah sesi 2023 boleh dibuat mulai 5 Ogos 2022 secara online melalui pautan berikut:
PERMOHONAN RAYUAN PENDAFTARAN PRASEKOLAH 2023
- Permohonan rayuan boleh dibuat dalam tempoh 2 minggu selepas keputusan diumumkan secara online atau pada 10 September 2022
- Rayuan secara manual pula boleh dikemukakan sama ada di sekolah yang dimohon atau Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)/ Pejabat Pendidikan Wilayah (PPW) atau jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan anda boleh hubungi Jabatan Pendidikan Negeri (Unit Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Prasekolah) atau Pejabat Pendidikan Daerah di negeri masing-masing.