MARA Prihatin 3.0: Permohonan Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran MARA Dibuka
Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 kini dilanjutkan lagi. Memahami masalah orang ramai yang kehilangan kerja dan terlibat pengurangan gaji akibat PKP, MARA kini membuka permohonan untuk penangguhan bayaran balik pinjaman pelajaran MARA di bawah program MARA Prihatin: Peace Of Mind 3.0.
Moratorium adalah inisiatif penangguhan bayaran balik pinjaman yang disediakan oleh MARA bagi membantu Peminjam Pelajaran MARA yang masih menghadapi kesukaran meneruskan bayaran balik berikutan pandemik Covid-19 dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia.
Permohonan lanjutan moratorium atau Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran MARA boleh dibuat pada tarikh yang ditetapkan secara online dengan menyediakan beberapa dokumen.
Isi Kandungan
TEMPOH PENANGGUHAN BAYARAN BALIK PINJAMAN
Peminjam akan menikmati penangguhan bayaran balik Pinjaman Pelajaran MARA selama:
- 3 bulan bermula selepas kelulusan diberi
Tempoh bayaran balik Pinjaman Pelajaran MARA akan dilanjutkan melalui penstrukturan semula bayaran balik pinjaman.
TEMPOH PERMOHONAN
Bagi penangguhan 2021, peminjam yang layak perlu membuat permohonan yang dibuka secara atas talian pada:
- 7 Jun hingga 31 Ogos 2021
SYARAT KELAYAKAN
Peminjam kemudahan pinjaman pelajaran MARA yang layak untuk memohon penangguhan ini tertakluk kepada syarat/ kriteria berikut:
- Peminjam Pinjaman Pelajaran (tidak termasuk Pendahuluan Pinjaman Pelajaran dan Pinjaman Komputer); DAN
- Peminjam PInjaman Pelajaran tertakluk kepada perjanjian yang masih berkuatkuasa; DAN
- Terbukti menerima kesan langsung/ terkesan akibat pandemik Covid-19 dalam tempoh PKP yang diumumkan oleh kerajaan; DAN
- Peminjam yang tidak mempunyai tunggakan bayaran balik atau tunggakan bayaran balik tidak melebihi 3 bulan semasa tarikh permohonan
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Peminjam boleh mengemukakan dokumen sokongan yang menunjukkan mereka terkesan dengan pandemik Covid-19 seperti:
- Surat pengesahan pemberhentian kerja dari majikan sama ada secara paksa atau sebaliknya; ATAU
- Surat pengesahan mendapat cuti separuh gaji ataupun tanpa gaji; ATAU
- Pendapatan telah dipotong atau dikurangkan oleh majikan; ATAU
- Penyata pendapatan perniagaan yang terjejas akibat pandemik
- Dokumen-dokumen sokongan lain yang membuktikan pemohon menerima kesan secara langsung
CARA MOHON MORATORIM
Peminjam yang layak boleh menghantar permohonan secara atas talian pada 7 Jun hingga 31 Ogos 2021 di portal rasmi MARA melalui pautan e-Moratorium di sistem e-Baki MARA di pautan berikut:
Permohonan yang dibuat secara manual melalui emel atau surat tidak akan diproses. Peminjam boleh membuat semakan kelulusan penangguhan di sistem e-Baki MARA di ruangan Jadual Bayaran Balik (JBB).
BAYARAN BALIK SECARA POTONGAN GAJI
Peminjam yang membuat bayaran balik pinjaman secara potongan gaji perlu memaklumkan kepada majikan untuk menghentikan potongan gaji. Pihak MARA akan melaksanakan penangguhan bayaran balik ini jika makluman diterima oleh MARA daripada majikan.
Majikan perlu emel kepada alamat berikut:
- Pn Zafirah binti Ali: zafirah@mara.gov.my
- Pn Maryana binti Abidin: maryana@mara.gov.my
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin dapatkan maklumat lanjut berkaitan permohonan penangguhan bayaran balik pinjaman pelajaran MARA, hubungi talian 019 600 3431/ 019 366 9148/ 019 271 0470/ 019 365 1654.