KPM Sediakan Slot Tambahan TV Pendidikan Khusus Untuk Calon SPM 2020

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa berusaha untuk menambah baik pendekatan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), termasuk program TV Pendidikan. Baru-baru ini, kerajaan telah memperkenalkan kelas KAFA yang akan bersiaran setiap hari di TV AlHijrah. Ibu bapa boleh semak jadual kelas KAFA di TV AlHijrah DI SINI.

Bagi memberi kemudahan pembelajaran kepada pelajar di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, siaran TV pendidikan telah ditambah lagi iaitu melalui DidikTV dari NTV7 yang telah mula bersiaran 23 November lepas.

Namun mulai 27 Januari 2021, KPM telah menambah Slot Program TV Pendidikan dalam program DidikTV@NTV7 khusus untuk calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020.

MATLAMAT SLOT TAMBAHAN CALON SPM

Slot ini akan memberi fokus kepada calon SPM untuk:

  • Membuat persediaan sebelum menghadapi peperiksaan yang akan bermula pada 22 Februari 2021
  • Mendapatkan akses kepada bahan pembelajaran, terutamanya semasa lanjutan PKPB
  • Meningkatkan akses murid kepada bahan pembelajaran melalui platform alternatif selain daripada pembelajaran dalam talian

Semak: Jadual Peperiksaan SPM 2020.

WAKTU TAYANGAN SLOT TAMBAHAN TV PENDIDIKAN

Untuk makluman anda, slot tambahan ini melibatkan 2 jam iaitu pada:

  • Hari: Isnin hingga Jumaat
  • Masa: Jam 3.00 petang hingga 5.00 petang

Siaran akan ditayang di saluran NTV7. KPM juga telah menambah 5 jam waktu siaran di saluran yang sama pada hari:

  • Hari: Sabtu dan Ahad
  • Masa: 9.00 pagi hingga 12 tengah hari DAN 3.00 petang hingga 5.00 petang

Penambahan slot ini akan menjadikan keseluruhan waktu siaran TV Pendidikan sebanyak 11 jam setiap hari yang disalurkan di saluran TV Okey, Astro Tutor TV dan DidikTV@NTV7.

JADUAL TV PENDIDIKAN

Untuk makluman anda, jadual rancangan TV Pendidikan akan dimuat naik setiap hari di laman-laman berikut:

Calon diminta untuk semak jadual rancangan TV pendidikan sehari sebelum hari berikutnya untuk membuat persediaan meneruskan pembelajaran. KPM yakin Program TV Pendidikan yang disediakan ini dapat dimanfaatkan oleh murid, guru dan ibu bapa sebagai salah satu kaedah PdPR yang berkesan.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma