Tawaran Kemasukan Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan (ILKBS) Sesi 1/2023 Kini Dibuka
Permohonan kemasukan ke Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) sesi 1/2023 kini telah dibuka buat belia warganegara Malaysia yang telah tamat pengajian SPM dan berminat untuk ikuti program yang ditawarkan.
Permohonan untuk kemasukan yang ditawarkan adalah dibuka sehingga 18 Disember 2022.
Sekiranya berminat, semak syarat kelayakan dan info lanjut permohonan kemasukan ke ILKBS sesi 1/2023 di bawah.
Isi Kandungan
SYARAT UMUM KELAYAKAN
Hanya pemohon yang memenuhi semua syarat umum kelayakan berikut sahaja akan dipertimbangkan:
- Warganegara Malaysia
- Boleh membaca dan menulis
- Berusia di antara 18 – 30 tahun semasa memohon dan berkelulusan sekurangnya Tamat Tingkatan 5
- Belum berkahwin @ bujang
- Sihat tubuh badan
- Tidak pernah melakukan kesalahan jenayah dan penyalahgunaan najis dadah
- Belum pernah mengikuti latihan kemahiran di mana-mana Institut Latihan Awam/Swasta (KECUALI calon yang mempunyai sijil lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) & Sijil Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk menyambung pelajaran)
- Sanggup menjalani latihan sehingga tamat dan dikehendaki mengikut segala peraturan yang telah, sedang dan akan ditetapkan
- Pemohon yang sedang menjalani latihan dimana-mana institut latihan kemahiran dan belum tamat latihan/belum memperolehi sijil ketrampilan SKM tahap 2/3 atau 3/4 tidak dibenarkan memohon untuk tahap selanjutnya
- Pemohon yang tidak tamat latihan / disingkir dari mengikuti latihan dari mana-mana Institut Latihan Awam lain tidak dibenarkan memohon
BIDANG DITAWARKAN
Lebih kurang 170 program ditawarkan yang merangkumi 14 bidang utama seperti:
- Teknologi Mekanikal
- Teknologi Automotif
- Teknologi Awam
- Teknologi Elektrik
- Teknologi Elektronik
- Teknologi Tekstil
- Teknologi Marin
- Teknologi Hospitaliti
- Teknologi Fotografi
- Teknologi Maklumat
- Teknologi Personal
- Teknologi Sukan
- Teknologi Pertanian
MAKLUMAT ILKBS
Berikut adalah maklumat yang anda perlu tahu bagi kemasukan ke IKBN
- Makan minum dan penginapan akan dibiayai oleh Kementerian Belia dan Sukan sepanjang tempoh latihan di IKBN
- Pelajar boleh ditempatkan dimana-mana IKBN seluruh Malaysia
- Pemohon juga dipelawa mengunjungi mana-mana IKBN dalam tempoh iklan disiarkan bagi mendapat pendedahan awal tentang program kemahiran yang dilaksanakan di setiap IKBN
- Pemohon yang didapati memberikan sebarang butiran palsu boleh disingkirkan dari mengikuti latihan di IKBN
- Pihak Kementerian berhak memanggil calon lepasan sekolah ( Tamat tingkatan 5 untuk menghadiri proses temuduga)
- Tempoh kursus yang dinyatakan pada iklan kemasukan adalah termasuk tempoh latihan industri bagi kursus-kursus tertentu
CARA MOHON
Pelajar lepasan SPM yang berminat untuk ikuti pelbagai bidang pengajian di Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) sesi 1/2023, anda boleh buat permohonan secara atas talian sepanjang tempoh permohonan dibuka. Permohonan ini boleh dibuat melalui laman web berikut:
Semak tarikh-tarikh penting kemasukan di bawah:
- Tarikh permohonan sesi 1/2023: 18/11/2022 – 18/12/2022
- Sesi temuduga (bagi lepasan SKM/ST): 20/12/2022 – 23/12/2022
- Semakan keputusan permohonan: Mulai 7/1/2023
- Pengesahan terima/ tolak tawaran: 7/1/2023 – 20/1/2023
- Pendaftaran pelajar baharu sesi 1/2023: 6/2/2023