Cara Daftar Ahli Keluarga Dalam Satu MySejahtera. Scan Seorang Sahaja
Imbasan atau scan aplikasi MySejahtera kini menjadi satu perkara yang wajib dilakukan oleh semua rakyat Malaysia setiap kali ingin masuk ke sesuatu premis. Bukan sahaja premis, nak beli makanan di tepi jalan sekarang pun kena scan MySejahtera!
Umum sedia maklum, aplikasi MySejahtera diwujudkan bertujuan untuk orang ramai mendaftarkan diri sekali gus dapat mengesan sekiranya terdapat kontak rapat dengan individu yang disahkan positif Covid-19
Individu yang didapati gagal mengimbas MySejahtera apabila memasuki mana-mana premis boleh dikenakan denda RM1,000!
Sekarang ini jika anda keluar dengan ahli keluarga atau pasangan, tidak perlu setiap orang scan kerana anda boleh scan sekaligus hanya menggunakan satu MySejahtera! Daftarkan ahli keluarga anda sekarang ke dalam satu MySejahtera untuk urusan lebih mudah.
DAFTAR AHLI KELUARGA DALAM MYSEJAHTERA
Berikut adalah langkah-langkah mendaftar ahli keluarga anda dalam satu MySejahtera:
- Buka aplikasi MySejahtera di telefon pintar anda.
- Klik More
- Klik Manage Dependents
- Klik Add Dependents untuk tambah ahli keluarga anda dalam MySejahtera anda
- Lengkapkan maklumah ahli yang anda ingin masukkan
- Klik Save
- Nama ahli keluarga anda akan dipaparkan menandakan pendaftaran telah berjaya
Anda boleh tambah sebanyak mungkin ahli keluarga anda dan klik SUNTING untuk padam mereka jika perlu. Bila dah daftar, selepas ini hanya seorang sahaja perlu scan MySejahtera di mana-mana premis. Mudah kan?
Semoga bermanfaat!