Cara Dapatkan Penyata Akaun Bank Di Mesin ATM Dengan Mudah Yang Ramai Tak Tahu
Ramai tak tahu sebenarnya anda boleh cetak penyata akaun bank di mesin ATM dengan mudah sahaja! Dah tak perlu ke kaunter bank lagi untuk dapatkan penyata bank. Bagi yang mempunyai perbankan online, lebih mudah urusan anda kerana anda boleh cetak di rumah sahaja.
Pemegang akaun Maybank boleh cetak penyata secara online melalui Maybank2u dengan PANDUAN INI. Manakala pengguna CIMB boleh cetak secara online di CIMBClick dengan PANDUAN INI. Lebih mudah, cepat dan tidak perlu keluar rumah.
Bagi yang tidak mempunyai perbankan online, ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui cara dapatkan penyata bank bagi setiap bank di mesin ATM.
Isi Kandungan
CARA DAPATKAN PENYATA BANK DI MESIN ATM
Penyata Bank ATM Maybank
- Masukkan kad Maybank anda di ruangan yang disediakan
- Pilih BAHASA MELAYU
- Masukkan nombor pin anda
- Klik Lain-lain Urusniaga
- Klik Lain-lain Perkhidmatan
- Klik Penyata Ringkas
- Penyata anda akan keluar
Penyata Bank ATM CIMB
- Masukkan kad CIMB ke ruangan yang disediakan
- Pilih BAHASA MELAYU
- Masukkan nombor kata laluan anda
- Klik Perkhidmatan penyata
- Klik Penyata Mini
- Klik Cetakan untuk cetak penyata bank anda
Penyata Bank ATM BSN
- Masukkan kad Bank BSN anda di ruangan yang disediakan
- Pilih BAHASA MELAYU
- Masukkan nombor PIN
- Klik Penukaran Pin/ Urusan Lain
- Seterusnya klik pada Penyata Mini
- Penyata bank anda akan dicetak
Penyata Bank ATM Bank Islam
- Masukkan kad Bank Islam di ruangan yang disediakan
- Pilih BAHASA MELAYU
- Masukkan nombor PIN anda
- Klik pada Bank Islam
- Klik Khidmat penyata
- Klik Penyata Mini
- Klik Cetak dan penyata mini akan dikeluarkan
Sesetengah bank akan mengenakan caj cetakan sebanyak RM0.50 bagi setiap cetakan penyata mini. Penyata ini sangat ringkas dan hanya sesuai untuk rujukan sendiri sahaja. Untuk dapatkan penyata bank yang lebih terperinci, anda dinasihatkan untuk hadir ke kaunter bank berdekatan atau buat secara online melalui perbankan online sahaja.
Semoga bermanfaat!
Baca juga: Cara Daftar Akaun Maybank2u. Panduan Lengkap Dengan Gambar