Daftar Kenyalang Gold Card: Terima Bantuan Ihsan Kematian (BIK) Sebanyak RM3,000
Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak telah memperkenalkan Bantuan Ihsan Kematian (BIK) yang akan memberi manfaat kepada waris pemegang Kenyalang Gold Card.
Pelbagai manfaat lain yang diberikan kepada pemegang Kenyalang Gold Card selain daripada BIK, boleh digunakan oleh pemegang Kenyalang Gold Card. Kenyalang Gold Card yang turut dikenali sebagai KGC menyediakan kemudahan dan akses untuk orang Sarawak yang layak untuk terima pelbagai manfaat.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut Bantuan Ihsan Kematian (BIK) dan pelbagai manfaat lain buat pemegang Kenyalang Card Gold.
Isi Kandungan
BANTUAN IHSAN KEMATIAN
Bantuan Ihsan kematian akan diberikan kepada waris pemegang Kenyalang Gold Card pada kadar:
- RM3,000
Tujuan BIK ini adalah sebagai bantuan tujuan pengebumian pemegang Kenyalang Gold Card apabila meninggal dunia nanti. Walaubagaimanapun, pemegang Kenyalang Gold Card akan menerima pelbagai manfaat lain lagi seperti di bawah.
MANFAAT KENYALANG GOLD CARD
Berikut adalah kemudahan dan manfaat yang akan dinikmati oleh pemegang Kenyalang Gold Card:
- Diskaun dan rebat setiap hari ke atas barangan keperluan seperti barangan dapur, makanan, penjagaan kesihatan, telekomunikasi dan pengangkutan
- Manfaat lain seperti pekerjaan, jahitan, saloon rambut dan urutan
- Bantuan Ihsan kematian (BIK) berjumlah RM3,000 buat waris pemegang kad
SYARAT PERMOHONAN KENYALANG GOLD CARD
Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja layak untuk mohon Kenyalang Gold Card:
- Pemohon mestilah berumur 60 tahun ke atas pada 1 Januari 2020
- Warganegara Malaysia dengan status ‘K’ pada kad pengenalan
- Penduduk tetap (permanent resident) Sarawak
CARA MOHON KENYALANG GOLD CARD (KGC)
Individu yang layak boleh buat permohonan KGC dengan langkah berikut:
- Lengkapkan borang permohonan secara online di BORANG E-PERMOHONAN KGC
- Muat naik dokumen yang diminta
- Buat pengesahan dan klik SUBMIT
Siap! Pendaftaran anda telah berjaya. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin dapatkan maklumat lanjut mengenai pendaftaran Kenyalang Gold Card, anda boleh hubungi :
- Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Tingkat Bawah,
Bangunan Baitumal Makmur,
93050 Petra Jaya, Kuching - Tel: 082 449140
- Email: webmaster@kwkpk.sarawak.gov.my