Bantuan 40,000 Kad Sim Buat Pelajar Diagihkan Pada Mac 2021

Kerajaan negeri Selangor akan mengagihkan sebanyak 40,000 kad sim untuk kegunaan tertentu bagi beberapa golongan yang layak. Penggunaan kad sim yang akan diedarkan ini adalah seiring dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan banyak premis yang terpaksa ditutup termasuk sekolah.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, perkara tersebut sedang dalam perbincangan mengenai pakej plan dengan syarikat telekominikasi terlibat sebelum proses agihan dilakukan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut inisiatif kad sim yang bakal diagihkan.

PENGAGIHAN KAD SIM

Kerajaan Selangor akan mengagihkan sebanyak 40,000 kad sim untuk kegunaan pembelajaran dan perniagaan menjelang:

  • Mac 2021

MATLAMAT PENGAGIHAN KAD SIM

Pengagihan kad sim ini adalah salah satu inisiatif kerajaan negeri bagi:

  • Membantu pelajar yang kurang kemampuan dan luar bandar mendapat akses internet bagi mengikuti kelas secara dalam talian semasa PKP
  • Kegunaan perniagaan

Selain itu, kerajaan negeri juga mempunyai program data untuk rakyat Selangor melalui pemberian kad sim untuk kawasan tertentu yang akan dilihat secara keseluruhan.

KAPASITI INTERNET DI NEGERI SELANGOR

Mengulas lanjut, Amirudin berkata sekitar 60 hingga 70 peratus kawasan di Selangor sudah mencapai akses internet tahap berkapasiti tinggi.

“Kalau termasuk kategori cooper atau 2G, sudah 90 peratus kawasan sehingga ke Sabak Bernam mencapai tahap itu.

“Sekurang-kurangnya rakyat boleh dapat akses untuk terima teks (mesej), tapi kalau libatkan video perlukan akses yang lebih tinggi.

“Kerajaan negeri bersama Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) dan SmartSel akan akan lihat perkara itu. Dijangkakan Sabak Bernam mencapai tahap akses liputan penuh menjelang tahun 2022,”

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya yakin Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor juga sedang menggerakkan bantuan penyediaan keperluan belajar termasuk gajet kepada pelajar memerlukan.

Selain itu, kerajaan Selangor juga menyediakan pelbagai jenis bantuan lain buat semua rakyat Selangor melalui Pakej Kita Selangor.

Sekiranya ada maklumat terbaru mengenai permohonan kad sim buat pelajar dan peniaga ini, perkongsian ini akan dikemaskini semula.

Sumber

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma