Portal Manfaat: Cara Semak Senarai Bantuan Kerajaan Yang Anda Boleh Mohon Ikut Kelayakan
Dalam Belanjawan 2021 yang dibentang oleh Perdana Menteri pada November 2020 lalu, pelbagai bantuan telah diperkenalkan dalam pelbagai bentuk khususnya untuk golongan B40, M40, belia, OKU, warga emas dan golongan peniaga yang terjejas.
Susulan masalah pandemik Covid-19 yang berlaku di negara kita kerajaan sentiasa komited dalam memberikan bantuan untuk meringankan beban rakyat. Terlalu banyak bantuan sehinggakan ada yang terlepas pandang dengan bantuan kerajaan yang boleh dimohon!
Untuk memudahkan anda ketahui bantuan yang anda boleh mohon, mudah sahaja. Anda boleh semak senarai bantuan kerajaan ikut kelayakan anda di Portal Manfaat oleh kerajaan ini.
CARA SEMAK BANTUAN KERAJAAN
1. Pergi ke Portal Manfaat di pautan belanjawan2021.treasuri.gov.my. Klik MULA
2. Klik kategori anda dalam pilihan yang dipaparkan. *Jika anda memilih kategori Perniagaan atau Komuniti, anda perlu mengisi beberapa maklumat yang diminta
3. Masukkan maklumat anda dan klik TERUSKAN
4. Pilih jenis bantuan yang anda perlukan daripada kerajaan dan klik TERUSKAN.
4. Jumlah bantuan kerajaan yang anda boleh mohon akan dipaparkan mengikut kategori bantuan.
5. Klik pada kategori bantuan yang ada. Contohnya klik pada kategori Mengurangkan Beban Kos Sara Hidup Anda yang mempunyai 30 jenis bantuan. Senarai bantuan kerajaan yang anda boleh mohon mengikut kategori akan dipaparkan.
Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 kini masih dibuka sehingga 15 Februari, bagi yang masih belum buat permohonan baru atau kemaskini permohonan BPR, anda boleh buat segera. Bantuan i-Sinar KWSP juga masih dibuka sehingga Jun 2021. Mohon sekarang!
Buat masa ini, Portal Manfaat masih belum kemaskini bantuan terkini yang baru diperkenalkan dalam pakej bantuan Perlindungan Ekonomi & Rakyat Malaysia (Permai). Terdapat 22 jenis bantuan dalam pakej bantuan Permai yang anda perlu tahu.
Pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan dalam membantu rakyat Malaysia yang mengalami kesusahan dan terkesan akibat Covid-19. Semoga dengan bantuan yang disalurkan ini dapat membantu meringankan beban rakyat Malaysia.
Semoga bermanfaat!