Semua Tabika Perpaduan & KEMAS Di Seluruh Negara Ditutup Sepanjang PKP 2.0

Susulan trend harian kes jangkitan Covid-19 di negara kita yang semakin meningkat kebelakangan ini, semua Tabika Perpaduan di seluruh negara adalah DITUTUP sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

Kementerian Perpaduan Negara memaklumkan penutupan itu mengambil kira pengumuman Kementerian Pendidikan (KPM) Sabtu lalu serta keputusan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) pada Selasa.

Ikuti perkongsian di bawah untuk makluman lanjut penutupan Tabika Perpaduan.

KAEDAH PEMBELAJARAN MURID TABIKA PERPADUAN

Bermula Rabu 20 Januari 2021, semua murid Tabika Perpaduan Tahun 2021 akan mengikuti pembelajaran melalui kaedah:

  • Pembelajaran di Rumah (PdPR)
  • Menggunakan medium komunikasi secara dalam talian

Langkah tersebut diambil bertujuan membantu mencegah penularan wabak Covid-19 di samping memastikan sesi pembelajaran pendidikan awal kanak-kanak dapat diteruskan.

PERSEKOLAHAN TABIKA KEMAS

KEMAS semalam mengumumkan sesi persekolahan Tabika Kemas secara bersemuka di seluruh negara yang sepatutnya bermula esok ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak dan akan digantikan dengan kaedah pembelajaran secara:

  • Home-base Learning (Pembelajaran di rumah)

PEMBELAJARAN BERSEMUKA HANYA PELAJAR PEPERIKSAAN PENTING

KPM sebelum ini telah mengumumkan hanya pelajar yang menduduki peperiksaan utama bagi tahun 2020 sahaja dibenarkan hadir ke sekolah dan meneruskan pembelajaran secara bersemuka mulai esok. Rujuk info ringkas berikut:

  • Pelajaran Tingkatan 5 & 6 yang terlibat peperiksaan penting kembali ke sekolah secara bersemuka mulai 20 Januari 2021
  • Murid sekolah rendah dan sekolah menengah yang lain akan mengikuti pembelajaran melalui kaedah PdPR mengikut kesesuaian guru dan murid mulai 20 Januari 2021

Baca lanjut: [Terkini] Pembukaan Sekolah Bersemuka Ditunda. Hanya Murid Peperiksaan Penting Perlu Ke Sekolah

Penutupan institusi pendidikan ini adalah berdasarkan keadaan semasa penularan wabak Covid-19. Sebarang makluman terbaru akan dikemaskini dari masa ke semasa.

Sumber

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma