Bantuan Bayaran Balik 30%  Pinjaman PTPTN Yang Tertunggak

Berita baik buat peminjam pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di negeri Sarawak. Kerajaan Negeri Sarawak memperuntukkan RM30 juta untuk membantu para pelajar di negeri itu membayar balik pinjaman PTPTN yang tertunggak.

Menurut Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Haji Johari Tun Openg, bantuan itu sebagai insentif seperti yang dijanjikan kerajaan negeri sebelum ini.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut bantuan bayaran balik pinjaman PTPTN yang ditawarkan.

BANTUAN BAYARAN BALIK PTPTN

Menurut Yayasan Sarawak, pemberian insentif tersebut akan membantu pelajar:

  • Menyelesaikan 30 peratus daripada baki hutang mereka dengan PTPTN

Bantuan ini melibatkan 9,634 pelajar di Sarawak.

KAEDAH PEMBAYARAN BALIK PINJAMAN TUNGGAKAN

Kerajaan Sarawak melalui Yayasan Sarawak telah mengadakan rundingan dengan pihak PTPTN untuk menentukan kaedah pembayaran balik tunggakan kepada PTPTN.

“Sudah ada formula bagi kita membantu pelajar Sarawak menyelesaikan tunggakan dengan PTPTN di mana kita telah menyediakan peruntukan sebanyak RM30 juta”

Walaubagaimanapun, sebarang maklumat terkini berkaitan bantuan bayaran balik tunggakan PTPTN akan dimaklumkan sekiranya terdapat maklumat terkini oleh kerajaan negeri.

Sumber

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma