[Terkini] Pembukaan Sekolah Bersemuka Ditunda. Hanya Murid Peperiksaan Penting Perlu Ke Sekolah
Sebelum ini Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan pelajar sekolah di kawasan tertentu akan mulakan pembelajaran di sekolah masing-masing mulai 20 Januari 2021.
Namun merujuk kepada pengumuman Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkaitan jumlah kes jangkitan Covid-19 yang semakin meningkat, KPM telah mengubah keputusan kemasukan pelajar ke sekolah. KPM telah mengadakan perbincangan semula dengan KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pembukaan sekolah terkini oleh KPM.
Isi Kandungan
MURID YANG TERLIBAT KEMBALI KE SEKOLAH
Berdasarkan perbincangan, KPM telah memutuskan sesi persekolahan secara bersemuka yang bermula 20 Januari 2020 bagi seluruh negara hanya akan melibatkan murid yang akan menduduki peperiksaan:
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
- Sijil Vokasional Malaysia (SVM)
- Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)
- Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
- Diploma Vokasional Malaysia (DVM)
- peperiksaan antarabangsa yang setara
MURID SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH
Semua murid sekolah rendah dan menengah yang tidak terlibat dengan peperiksaan penting di atas, akan mengikuti pembelajaran melalui kaedah:
- Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)
Kaedah pembelajaran tersebut adalah mengikut kesesuaian guru dan murid mulai 20 Januari 2021.
MURID ASRAMA
Memandangkan ada murid sudah mula mendaftar masuk di asrama mulai 16 Januari 2021, KPM telah membuat ketetapan berikut:
Sekolah Berasrama Penuh
- Murid Tingkatan 4 & 5 boleh kekal di asrama atau pulang ke rumah untuk mengikut pembelajaran secara PdPR atau online
- Murid Tingkatan 5 dan 6 perlu mengikuti PdP bersemuka di sekolah sehingga selesai peperiksaan
Asrama Sekolah Harian
- Murid Tingkatan 1,4 dan 5 boleh kekal di asrama atau pulang ke rumah untuk mengikuti PdPR atau secara online
- Murid Tingkatan 5 dan 6 perlu mengikuti PdP bersemuka di sekolah sehingga selesai peperiksaan
KPM menyarankan agar semua ketetapan ini turut diikuti oleh sekolah-sekolah yang tidak berdaftar dengan KPM, termasuk sekolah di bawah Kerajaan Negeri. Sebarang maklumat pembukaan semula sekolah secara bersemuka bagi pelajar lain akan dimaklumkan dari masa ke semasa.