Permohonan Bantuan Pembiayaan Tunggakan Yuran Pengajian Pelajar Asnaf

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Majlis Agama Islam Negeri Johor dengan kerjasama Zakat UTHM berbesar hati ingin menawarkan Bantuan Pembiayaan Tunggakan Yuran Pengajian Pelajar Asnaf UTHM secara One-off.

Keutamaan diberikan kepada Anak Kelahiran Johor dan Bermastautin di Negeri Johor dengan tujuan untuk meringankan beban tunggakan yuran pengajian pelajar.

Ikuti perkongsian di bawah untuk semak syarat kelayakan dan cara membuat permohonan pembiayaan.

SYARAT PERMOHONAN

Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja akan dipertimbangkan:

  • Warganegara Malaysia.
  • Beragama Islam.
  • Anak kelahiran JOHOR; dan bermastautin di Negeri JOHOR.
  • Pelajar berdaftar secara sepenuh masa di UTHM.
  • Kursus pengajian Diploma dan Sarjana Muda; Sarjana Muda dan PhD akan dipertimbangkan.
  • Pelajar yang tiada tajaan; atau tajaan disekat sahaja.

DOKUMEN DIPERLUKAN

Pemohon mestilah muat naik dokumen-dokumen berikut di ruangan permohonan yang disediakan:

  • Salinan Kad Pengenalan
  • Penyata Kewangan atau Tunggakan Yuran Pengajian (cetak di SMAPOnline)
  • Salinan Slip Gaji Ibu Bapa atau Penjaga yang telah disahkan oleh Majikan atau Ketua Kampung

CARA MOHON

Permohonan adalah dibuka secara atas talian sehingga 20 Januari 2021 (Rabu). Sila lengkapkan borang seperti butiran di bawah dan sertakan bersama-sama dokumen diperlukan:

Sekiranya borang permohonan tidak lengkap, pihak urusetia berhak menolak permohonan tersebut. Hebahan permohonan yang layak akan dihebahkan melalui Facebook dan Instagram Zakat UTHM.

Sebarang keputusan adalah muktamad berdasarkan Garis Panduan yang telah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ).

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma