Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

Taska Yang Berdaftar Bawah JKM Dibenarkan Beroperasi Semasa PKP

Oleh Cikgu Shaari • January 13, 2021 • 2 min baca

Taska Yang Berdaftar Bawah JKM Dibenarkan Beroperasi Semasa PKP
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin lepas mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah bermula hari ini hingga 26 Jan.

PKPB pula dilaksanakan di Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan manakala Perlis dan Sarawak berada di bawah PKPP bagi tempoh sama.

Berikutan dengan pengumuman tersebut, ada beberapa perkara dibenarkan dan tidak dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh tersebut. Pengoperasian sekolah dan institusi pendidikan juga berbeza bagi kawasan PKP, PKPB dan PKPP.

Baca: [Terperinci] Kaedah Pembelajaran Sekolah & Institusi Pendidikan Di Kawasan PKP, PKPB & PKPP

TASKA DIBENARKAN BEROPERASI

Untuk makluman ibu bapa, Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) yang berdaftar di bawah Jabatan kebajikan Masyarakat (JKM) dibenarkan beroperasi dalam tempoh pelaksanaan PKP, PKP bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP).

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memaklumkan kebenaran beroperasi taska tersebut adalah selaras dengan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Bagaimanapun, kebenaran beroperasi ini adalah terbatal sekiranya terdapat arahan terkini daripada pihak berkuasa.

GARIS PANDUAN PENCEGAHAN COVID-19 PERLU DIPATUHI

KPWKM memberitahu setiap taska diwajibkan mematuhi Garis Panduan Pencegahan Penularan COVID-19 yang diterbitkan KPWKM serta diluluskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

KPWKM juga akan mempertingkatkan pemantauan terhadap semua taska berdaftar yang beroperasi semasa PKP bagi memastikan setiap prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan MKN dan Kementerian Kesihatan (KKM) dipatuhi.

PENGUSAHA TASKA DIMINTA MOHON KEBENARAN

Semua pengusaha taska diminta memaklumkan kepada JKM mengenai rancangan beroperasi.

KPWKM memaklumkan pengusaha taska di premis kerajaan sama ada kerajaan Persekutuan atau negeri harus memohon kebenaran daripada kementerian atau agensi berkaitan terlebih dahulu.

Maklumat lanjut garis panduan kemasukan ke taska akan dikemaskini apabila mendapat makluman terbaru.

Sumber

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.