Orang Ramai Terkandas Di Kampung Halaman Atau Bercuti Dibenar Pulang Dalam Minggu Ini
Berikutan dengan pengumuman Perdana Menteri pada 11 Januari lalu mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), orang ramai di seluruh negara TIDAK DIBENARKAN untuk rentas negeri mulai 13 Januari sehingga 26 Januari.
Pengumuman pelaksanaan PKP secara mengejut itu telah memberikan kebimbangan kepada orang ramai yang sedang bercuti atau berada di kampung halaman.
Orang ramai yang terkandas tidak perlu risau, kerana anda masih berpeluang pulang ke kediaman masing-masing dalam tempoh yang ditetapkan semasa PKP.
Isi Kandungan
ORANG RAMAI YANG TERKANDAS BOLEH PULANG DALAM MINGGU INI
Orang ramai yang terkandas di kampung halaman atau bercuti sebelum PKP berkuat kuasa dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing dalam tempoh berikut:
- Sehingga Jumaat ini (15 Januari 2021)
Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) amat memahami terdapat ramai ahli keluarga terkandas di luar kawasan yang mungkin berada di negeri lain sama ada bercuti, melawat atau berkunjung ke rumah saudara-mara dan mereka berkemungkinan terperangkap.
Arahan telah dikeluarkan di peringkat bawahan (anggota polis) supaya menggunakan budi bicara setinggi-tingginya untuk membenarkan mereka yang terperangkap pulang ke rumah masing-masing.
Baca juga: Download Borang Kebenaran Rentas Negeri: Ini Cara Membuat Permohonan
RUJUKAN SEKIRANYA DIKOMPAUN
Mereka yang tidak berpuas hati dengan kompaun RM1000 akibat pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) yang dikenakan ke atas orang awam diminta merujuk perkara ini kepada:
- Pihak Bukit Aman yang bertugas 24 jam
Ketidakpuasan hati kerana dikompaun boleh dirujuk balik kepada pihak polis untuk disalurkan apa yang tidak puas hati supaya polis dapat ambil tindakan selanjutnya untuk mencari kebenaran.