Pengoperasian Institut Pendidikan Tinggi (IPT) Semasa Tempoh PKP 

Merujuk kepada Perutusan Khas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia pada 11 Januari 2021 mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pihak KPT telah memaklumkan berkenaan pengoperasian institusi pendidikan tinggi (IPT) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (IPT).

Para pelajar yang akan memasuki IPT diminta untuk ambil maklum dengan kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak KPT ini agar tidak ketinggalan.

Berikut adalah kenyataan rasmi kemasukan ke IPT semasa tempoh PKP.

PENGOPERASIAN IPT SEMASA PKP

KPT telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa pengoperasian IPT di bawah KPT adalah:

  • KEKAL seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini

Iaitu pelajar antarabangsa dibenarkan masuk ke kampus kecuali dari United Kingdom yang perlu masuk seawal 1 Januari 2021 dan jalani saringan yang ditetapkan.

Pelajar tempatan akan masuk ke IPT masing-masing seperti yang ditetapkan iaitu:

  • 1 Mac 2021

SESI PEMBELAJARAN

Sehubungan itu, semua pelajar yang telah berada di kampus perlu kekal di kampus masing-masing dan mengikuti:

  • Pembelajaran secara hibrid

Bagi pelajar lain, pembelajaran bagi semua program pengajian diteruskan dengan:

  • Pembelajaran secara dalam talian sehingga tamat PKP

Peperiksaan antarabangsa dan badan profesional adalah DIBENARKAN dijalankan di kampus.

PELAJAR BERKEPERLUAN DIBENARKAN PULANG KE KAMPUS

Pelajar-pelajar berkeperluan seperti latihan klinikal, peperiksaan profesional, makmal, studio, amali atau akses internet dan seumpamanya adalah DIBENARKAN pulang ke kampus.

Surat kebenaran khas akan dikeluarkan oleh pihak IPT bagi membolehkan pelajar yang berkeperluan memohon kebenaran merentas negeri atau daerah untuk pulang ke kampus daripada pihak berkuasa.

Semua aktiviti penyelidikan yang melibatkan kemudahan makmal adalah dibenarkan melalui kebenaran Ketua Jabatan dengan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat. Pelajar luar kampus yang menjalani aktiviti penyelidikan perlu mendapatkan surat kebenaran keluar masuk kampus dari IPT masing-masing.

PELAKSANAAN AKTIVITI KAMPUS DENGAN SOP

Kementerian menyeru agar pelaksanaan aktiviti akademik di kampus dijalankan dengan mematuhi sepenuhnya SOP yang telah ditetapkan dan mengutamakan langkah keselamatan serta mengamalkan pembudayaan norma baharu seperti:

  • Memakai pelitup muka
  • Menggunakan cecair pembasmi kuman
  • Menjaga penjarakan fizikal

Para pelajar boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai tarikh dan jadual kemasukan ke IPT melalui Bilik Gerakan Covid-19 KPT yang dibuka 24 jam di talian 03-8870 6777/6623/6949/6124, melayari laman web IPT atau terus menghubungi IPT masing-masing.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma