Negeri Perak Tawarkan Diskaun Saman Sehingga 50% Hingga 27 Januari Ini
Berita baik buat rakyat negeri Perak! Inilah masanya untuk anda melunaskan semua saman yang ada kerana Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Perak telah mengeluarkan satu kiriman melalui akaun Facebook mereka berkaitan tawaran diskaun saman.
Potongan saman ditawarkan sehingga 50% atas kesalahan trafik kepada pengguna lalu lintas yang berada di seluruh negeri Perak.
Ikuti perkongsian di bawah untuk makluman lanjut tawaran diskaun saman buat rakyat negeri Perak.
Isi Kandungan
TAWARAN DISKAUN SAMAN NEGERI PERAK
Berikut adalah maklumat ringkas mengenai tawaran diskaun saman negeri Perak:
- Diskaun ditawarkan: 50%
- Tempoh tawaran: 18 Januari sehingga 27 Januari 2021
Saman yang BERKECUALI untuk tawaran diskaun 50% adalah:
- Saman berstatus bicara Mahkamah ( Bertanda ‘m’).
- Saman Ops selamat 2020 ( Bertanda “@“).
- Saman Kemalangan tahun 2020 & 2021.
- Saman berstatus Waran Tangkap tahun 2020 & 2021.
- Saman berkaitan kesalahan M/Lori ( Bertanda ‘^’).
- Saman Kesalahan tidak boleh diKompaun / Non Compaund ( NC) tahun 2018, 2019,2020 & 2021.
SEMAKAN DAN BAYARAN SAMAN
Kaunter semakan dan bayaran saman trafik PDRM Kontinjen Perak dengan tawaran diskaun 50% boleh dibuat pada ketetapan berikut:
- Tarikh: 18 ~ 27 Januari 2021 (Kecuali Sabtu & Ahad)
- Masa: 9 pagi hingga 4 petang
- Lokasi: Kaunter Saman IPK dan Semua Daerah Perak