Program Bantuan Banjir Maybank Ditawarkan Buat Mangsa Banjir & Peniaga Terjejas
Jika sebelum ini Bank Islam Malaysia Berhad telah melaksanakan Bantuan Moratorium 6 bulan buat mangsa banjir, kini Maybank juga menawarkan beberapa bantuan menerusi Program Bantuan Banjir.
Bantuan ditawarkan dalam usaha meringankan beban kewangan pelanggan individu serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS)/korporat yang terjejas akibat banjir di beberapa negeri.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut permohonan Bantuan banjir yang ditawarkan oleh Maybank.
Isi Kandungan
INDIVIDU YANG LAYAK
Program Bantuan Banjir akan diberikan kepada mangsa banjir:
- Pelanggan individu
- Perusahaan kecil dan sederhana (PKS)/ korporat yang terjejas akibat banjir di beberapa negeri
BENTUK BANTUAN BANJIR MAYBANK
Bantuan Banjir Maybank ditawarkan dalam 2 bentuk iaitu penangguhan bayaran (moratorium) dan pengecualian caj.
Penangguhan Bayaran
Pelanggan boleh membuat permohonan penangguhan bayaran:
- Pembiayaan / pinjaman
- Pengurangan ansuran bulanan dan/atau
- Pelanjutan tempoh bayaran balik
Semua permohonan akan dinilai berdasarkan setiap kes yang diajukan kepada pihak Maybank.
Pengecualian Fi & Caj
Maybank juga menawarkan pengecualian fi dan caj kepada mangsa banjir bagi perkhidmatan seperti berikut:
- Penggantian kad debit
- Kad ATM yang hilang atau rosak akibat banjir
- Buku cek yang hilang atau rosak akibat banjir
- Pengecualian caj bayaran lewat untuk kad kredit
CARA MOHON BANTUAN BANJIR MAYBANK
Pelanggan yang merupakan mangsa banjir dan ingin membuat permohonan bantuan yang ditawarkan boleh memohon secara mudah melalui email ke alamat berikut:
- floodrelief@maybank.com
Permohonan mestilah disertakan bersama maklumat berikut:
- Nama individu/ nama perniagaan
- Nombor kad pengenalan/ nombor pendaftaran perniagaan
- Nombor telefon
- Jenis pinjaman
- Nombor kenderaan (sewa beli)
Mereka terbabit juga boleh menghubungi mana-mana cawangan, Pusat PKS, Pusat Perbankan Perniagaan atau Pusat Pembiayaan Auto kami di seluruh negara.
PROSES TUNTUTAN MUDAH TANPA DOKUMEN SOKONGAN
Selain daripada kaedah permohonan di atas, Etiqa yang juga subsidiari insurans Kumpulan Maybank, turut menyediakan proses tuntutan mudah dan pantas untuk:
- Pemegang polisi insurans dan sijil takaful
- Tanpa perlu mengisi borang atau dokumen sokongan.
Menurut Maybank, pemegang polisi atau sijil terbabit hanya perlu menghantar mesej teks, gambar dan video banjir ke nombor-nombor khusus WhatsApp yang beroperasi 24 jam sehari seperti berikut:
- 011-1630 6646 bagi Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis.
- 018-226 3288 bagi Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak
Pelanggan juga boleh menghubungi talian Tuntutan Banjir Etiqa menerusi talian:
- 03-2692 8188 untuk Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis
- 03-4270 7735/5068 untuk Terengganu, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak