Pengisytiharan Darurat Sehingga 1 Ogos. Ini Kenyataan Perintah Darurat Yang Anda Perlu Tahu

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi perkenan Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos 2021 sebagai langkah proaktif membendung wabak COVID-19 di Malaysia.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan Istana Negara memaklumkan Seri Paduka memberi perkenan tempoh pelaksanaan darurat itu atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif COVID-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.

Bagi memberi penjelasan lebih lanjut kepada anda mengenai pelaksanaan perintah darurat, anda boleh baca selanjutnya di bawah.

BENTUK PELAKSANAAN DARURAT

Rakyat Malaysia tidak perlu panik selepas mendengar pengisytiharan darurat. Proklamasi darurat yang dilaksanakan pada 11 Januari hingga 1 Ogos 2021 adalah:

  • BUKAN perintah berkurung
  • BUKAN pemerintahan tentera

Aktiviti rakyat adalah berlangsung seperti yang ditetapkan mengikut pengumuman pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan oleh Perdana Menteri semalam.

Ibu bapa sila alert: Makluman Terkini Pembukaan Sekolah Di Kawasan PKP, PKPB & PKPP

Pengisytiharan Darurat Sehingga 1 Ogos. Ini Kenyataan Darurat Yang Anda Perlu Tahu

KENYATAAN PROKLAMASI DARURAT

Berikut adalah beberapa kenyataan mengenai proklamasi darurat yang anda perlu tahu seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri sebentar tadi:

  • Kerajaan awam akan terus berfungsi
  • Jentera pentadbiran kerajaan Persekutuan dan negeri tidak akan terganggu dengan proklamasi darurat
  • Aktiviti ekonomi berjalan seperti biasa (sesuai dengan ketetapan PKP)
  • Rakyat masih boleh bekerja, melakukan aktiviti perniagaan dan perdagangan (sesuai dengan ketetapan PKP)
  • Pilihanraya umum, negeri dan kecil tidak akan diadakan sepanjang tempoh darurat
  • Jawatankuasa khas bebas akan ditubuhkan untuk memberi nasihat mengenai lanjutan perintah darurat

Pengisytiharan Darurat Sehingga 1 Ogos. Ini Kenyataan Perintah Darurat Yang Anda Perlu Tahu

PERBEZAAN ANTARA PKP DAN DARURAT

Jadi, apa sebenarnya perbezaan antara pengumuman pelaksanaan PKP dan darurat? Sebenarnya PKP dan darurat adalah 2 perkara yang bukan untuk dibandingkan. Ini beberapa perkara yang anda perlu tahu:

  • Perintah darurat boleh berubah mengikut situasi semasa
  • PKP masih dilaksanakan dalam tempoh darurat
  • Perintah darurat adalah sokongan kepada pelaksanaan PKP dalam mengawal dan menghalang penularan Covid-19 yang lebih serius di negara kita
  • Perintah darurat menekankan halangan pelaksanaan sebarang pilihanraya dan parlimen digantung sepanjang tempoh darurat.

Sudah jelas mengenai pelaksanaan darurat seperti yang diumumkan? Rakyat dinasihatkan untuk tidak panik dengan keputusan yang dibuat. Namun, anda dinasihatkan untuk terus menurut perintah yang dikeluarkan bagi sama-sama membantu mengekang penularan wabak Covid-19.

PELAKSANAAN PKP

Setakat ini, pelaksanaan PKP adalah seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri iaitu:

  • Tidak dibenarkan rentas daerah dan negeri
  • Pergerakan hanya 10km radius sahaja
  • Hanya dua anggota isi rumah dibenar keluar memberi barangan
  • Pasar raya, perkhidmatan kesihatan termasuk klinik, hospital dan farmasi serta bank dibenarkan beroperasi dalam suasana terkawal
  • Arahan bekerja dari rumah untuk sektor non essential service
  • Kedai makan dan gerak penjaja dibenarkan beroperasi hanya perkhidmatan take away

Pelaksanaan PKP adalah melibatkan negeri Selangor, Pulau Pinang, Johor, Melaka , Sabah dan Wilayah Persekutuan (KL & Putrajaya). Manakala Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan terlibat PKPB. PKPP pula terus dilaksanakan di Perlis dan Sarawak.

Pengisytiharan Darurat Sehingga 1 Ogos. Ini Kenyataan Darurat Yang Anda Perlu Tahu

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma