Makluman Terkini Pembukaan Sekolah Di Kawasan PKP, PKPB & PKPP. Ibu Bapa Sila Alert

Merujuk kepada Perutusan Khas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia pada 11 Januari 2021 mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung pengoperasian institusi pendidikan bawah KPM.

Berdasarkan pengumuman YAB Perdana Menteri serta Takwim Penggal dan Cuti Persekolahan tahun 2021, pengoperasian institusi pendidikan di bawah KPM adalah tertakluk kepada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) atau Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan di sesuatu kawasan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pengoperasian pembukaan sekolah di kawasan-kawasan tertentu.

KAWASAN PKP, PKPB, PKPP

Berikut adalah senarai negeri yang terlibat dengan pelaksanaan PKP, PKPB dan PKPP:

PKP

  • Pulau Pinang
  • Selangor
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya
  • Johor
  • Sabah
  • Melaka

PKPB

  • Pahang
  • Perak
  • Negeri Sembilan
  • Kedah
  • Terengganu
  • Kelantan

PKPP

  • Perlis
  • Sarawak

PENGOPERASIAN SEKOLAH TAHUN 2021

Sekolah Di Kawasan PKP

Bagi sekolah di kawasan PKP, sesi persekolahan secara bersemuka hanya akan melibatkan murid yang akan menduduki peperiksaan :

  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Sijil Vokasional Malaysia (SVM)
  • Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
  • Diploma Vokasional Malaysia (CVM)

Murid sekolah berasrama penuh dan asrama harian yang akan menduduki peperiksaan tersebut dibenarkan pulang ke asrama mulai 16 Januari 2021. Surat kebenaran khas akan dikeluarkan oleh pihak sekolah bagi membolehkan murid merentas negeri atau daerah untuk pulang ke asrama.

Semua murid sekolah rendah dan murid Tingkatan 1 hingga 4 di sekolah menengah di kawasan PKP akan mengikuti pembelajaran melalui kaedah:

  • Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) mulai 20 Januari 2021

Calon Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) yang belum sempat menduduki ujian akan mengikuti pentaksiran pada:

  • Tingkatan 1: 20 ~ 29 Januari 2021
  • Tingkatan 4: 15 ~ 25 Februari 2021

Sekolah Di Kawasan PKPB & PKPP

Bagi kawasan PKPB dan PKPP, pengoperasian institusi pendidikan di bawah KPM dan semua kategori Institusi Swasta (IPS) yang berdaftar dengan KPM termasuk sekolah antarabangsa akan beroperasi:

  • Berdasarkan takwim masing-masing

Ini bermakna, semua murid di kawasan PKPB dan PKPP akan pergi ke sekolah seperti biasa mengikut ketetapan takwim dan SOP yang ditetapkan. Murid dan ibu bapa boleh dapatkan takwim persekolahan tahun 2021 di bawah untuk memudahkan urusan persekolahan nanti:

TAKWIM PERSEKOLAHAN TAHUN 2021

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma