Biasiswa MEXT: Kursus Latihan Perguruan Di Jepun Dengan Tajaan Penuh Kerajaan Jepun 

Sukacita dimaklumkan Kerajaan Jepun (Monbukagakusho: MEXT) menawarkan program biasiswa buat rakyat Malaysia bagi mengikuti Kursus Latihan Perguruan (Teachers Training) dan Japanese Studies di negara Jepun.

Para guru dan pelajar yang berminat untuk mengikuti kursus di Jepun ini bolehlah mengambil peluang ini sambil mengambil pengalaman yang luar biasa ditawarkan oleh Kerajaan Jepun melalui Biasiswa MEXT ini.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut Biasiswa MEXT yang ditawarkan.

BIASISWA MEXT 2021

Kementerian Pendidikan, Kebudayaan, Sukan, Sains, dan Teknologi, yang juga dikenali sebagai MEXT, Monka-shō, dan dahulunya Kementerian Pendidikan, Sains, dan Kebudayaan, adalah salah satu kementerian kerajaan Jepun.

MEXT dipimpin oleh Menteri Pendidikan, Kebudayaan, Sukan, Sains, dan Teknologi, yang merupakan anggota Kabinet dan dipilih oleh Perdana Menteri.

Biasiswa MEXT adalah untuk memupuk sumber manusia yang akan menjadi jambatan persahabatan antara negara penerima biasiswa dan Jepun melalui kajian di Jepun dan yang akan menyumbang kepada pembangunan kedua-dua negara dan dunia yang lebih luas.

TAWARAN BIASISWA MEXT

Kursus latihan perguruan ini adalah ditawarkan kepada:

  • Guru di Malaysia (Teachers Training Course)
  • Pelajar Ijazah Sarjana Muda Tahun 2 atau 3 yang kini mengambil jurusan Bahasa Jepun atau Budaya Jepun (Japanese Studies)

Tawaran Biasiswa MEXT 2021 adalah merangkumi:

  • Elaun bulanan
  • Bayaran pengajian dan peperiksaan
  • Tiket penerbangan pergi dan balik ke Jepun

Sumber dari Kedutaan Jepun menyatakan setiap penerima Biasiswa MEXT akan mendapat elaun bulanan sebanyak:

  • Japanese Studies: JPY117,000 (RM4,400)
  • Teachers Training: JPY143,000 (RM5,400)

SYARAT KELAYAKAN

Biasiswa Kerajaan Jepun adalah dibuka kepada kategori yang memenuhi syarat berikut:

Kursus Latihan Perguruan / Teachers Training Course (1.5 Tahun)

  • Bagi guru di sekolah rendah atau menengah atau staf akademik di Institusi Latihan Guru dengan pengalaman sekurang-kurangnya 5 tahun
  • Berumur di bawah 35 tahun
  • Menguasai bahasa Inggeris dengan baik
  • Bersedia belajar bahasa Jepun.
  • Permohonan adalah melalui laman web JPA

Pengajian Jepun / Japanese Studies (1 Tahun)

  • Bagi pelajar sarjana tahun 2 atau 3 yang kini mengambil jurusan Bahasa Jepun atau Budaya Jepun
  • Berumur antara 18 dan 29 tahun
  • Menguasai bahasa Jepun dengan baik.

CARA MEMOHON

Sekiranya anda berminat untuk mengikuti kursus yang ditawarkan, anda boleh mohon sekarang sebelum tarikh tutup permohonan iaitu pada 18 Februari 2021. Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui pautan berikut:

Untuk maklumat lanjut mengenai Biasiswa MEXT 2021 yang ditawarkan, anda boleh terus layari laman web rasmi Kedutaan Jepun di pautan: https://www.my.emb-japan.go.jp/itpr_en/scholarship.html.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma