Mohon Bantuan Pendaftaran IPT Tahun 2022 YPG. Terima RM300 Secara One-Off
Untuk tahun 2022 sebagai tanda pengiktirafan Yayasan Pasir Gudang kepada mereka yang berjaya menempatkan diri di pengajian tinggi, Yayasan Pasir Gudang menawarkan Bantuan Pendaftaran IPT Awam & Swasta kepada orang ramai yang berjaya menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Mereka yang memohon mestilah beralamat di kawasan Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Bantuan Pendaftaran Institusi Pengajian Tinggi Awam Dan Swasta YPG ini dibuka mengikut fasa. Terkini, permohonan bagi fasa keempat telah dibuka!
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut bantuan pendaftaran IPT yang ditawarkan.
Isi Kandungan
KADAR BANTUAN
Kadar bantuan berikut diberikan secara one-off kepada pelajar yang layak:
- RM300 setiap orang
PERINGKAT PENGAJIAN
Bantuan ditawarkan kepada pelajar yang mendapat tawaran sambung belajar secara sepenuh masa ke peringkat berikut:
- Diploma
- Ijazah Sarjana Muda
SYARAT PERMOHONAN
Hanya pemohon yang memenuhi syarat-syarat kelayakan berikut sahaja akan dipertimbangkan:
- Warganegara Malaysia dan Kad Pengalaman beralamat di majlis Bandaraya Pasir Gudang
- Diploma/ Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa pendaftaran tahun pertama
- Mendapat tawaran kemasukan atau pengesahan pendaftaran IPTA/IPTS
- Pendapatan isi rumah/ keluarga tidak melebihi RM4,000
CARA MOHON
Sekiranya anda berminat dengan bantuan ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan di atas, pastikan anda buat permohonan selewat-lewatnya pada Jun 2022. Permohonan boleh dilakukan melalui 2 cara iaitu:
Permohonan Online
Permohonan secara atas talian (salinan yang perlu di muat naik: Kad Pengenalan pemohon dan ibubapa, slip gaji ketua isi rumah, surat tawaran kemasukan IPTA/S) di pautan berikut:
Permohonan Manual
Muat turun borang permohonan dan hantar ke pejabat Yayasan Pasir Gudang (disertakan salinan Kad Pengenalan pemohon dan ibubapa, slip gaji ketua isi rumah, surat tawaran kemasukan IPTA/S). Muat turun boleh permohonan di bawah:
borang permohonan bantuan pendidikan ypg
Pemohon mestilah kembalikan borang permohonan yang lengkap diisi beserta dokumen yang diminta pada tarikh yang ditetapkan. Sebarang pernyataan boleh hubungi 019 329 8714 atau 014 690 4745.
Bagi penerima yang layak untuk permohonan bantuan IPTA bagi fasa 2 dan fasa 3 yang lalu, pihak YPG akan menghubungi kelak untuk pemberian Bantuan Pendaftaran Institusi Pengajian Tinggi IPTA/S.