Permohonan Bantuan Sara Diri & Kecemasan Sehingga RM2,000 Mahasiswa Anak Perak Di Buka

Yayasan Perak menyediakan Bantuan Sara Diri & Kecemasan Mahasiswa Negeri Perak dengan tujuan untuk meringankan beban mahasiswa yang datang dari keluarga yang kurang berkemampuan bagi membolehkan mahasiswa fokus terhadap pelajaran tanpa terganggu dengan masalah kewangan.

Bantuan ini menunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri Perak kepada kebajikan Mahasiswa Perak serta membantu meringankan beban keluarga.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut Bantuan Saradiri Dan Kecemasan Mahasiswa Perak yang ditawarkan.

JENIS BANTUAN DITAWARKAN

Bantuan ini terbahagi kepada 2 jenis bantuan yang akan disalurkan kepada mahasiswa anak Perak:

Bantuan Sara Diri

  • Bantuan tambahan bagi menampung perbelanjaan harian mahasiswa sewaktu menjalani pengajian di IPT.
  • Bantuan kepada mahasiswa yang terpaksa membuat pertambahan semester atas alasan munasabah selain daripada disebabkan oleh kegagalan subjek
  • Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermaustatin di Negeri Perak lebih 10 tahun.

Bantuan Kecemasan

Bantuan khas sewaktu mahasiswa ditimpa bencana atau musibah bagi meringankan  beban yang ditanggung. Contoh-contoh bencana atau musibah adalah:

  • Kemalangan,
  • Kebakaran,
  • Kematian Ibu / Bapa / Penjaga,
  • Kecurian,
  • Bencana alam (Banjir / Ribut / Tanah Runtuh),
  • Penyakit kronik.

KADAR BANTUAN

Kadar bantuan diberikan adalah seperti berikut:

  • Bantuan Sara Diri – RM500 sehingga RM2,000
  • Bantuan Kecemasan – Sehingga RM5,000 (Mengikut bencana/musibah)

DOKUMEN DIPERLUKAN

Berikut adalah senarai dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan:

  • Salinan myKad pelajar, bapa dan ibu yang lahir di Perak.
  • Salinan kad pelajar.
  •  Salinan penyata akaun bank pelajar.
  • Salinan Surat Pengesahan Bermastautin/ Surat Kematian dan Surat Bercerai (jika berkaitan).
  • Salinan Transkrip Keputusan Peperiksaan Terkini (Bantuan Sara Diri sahaja).
  • Salinan Laporan Polis / Laporan Perubatan (Bantuan Kecemasan Mahasiswa Negeri Perak sahaja).
  • Penyata pendapatan (isirumah) bapa & ibu / penjaga

PERMOHONAN BANTUAN SARA DIRI DAN KECEMASAN MAHASISWA ANAK PERAK

Permohonan bantuan bagi tahun 2023 kini dibuka . Sila layari laman web Yayasan Perak untuk maklumat lebih lanjut berkaitan syarat-syarat permohonan.

Permohonan boleh dibuat secara online melalui laman berikut:

Semakan permohonan bantuan juga boleh dibuat dengan melayari Laman Web Rasmi Exco Pendidikan Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia melalui pautan di https://hestechperak.com/.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma