Tarikh Semakan Keputusan & Pendaftaran Ke Program Diploma & Asasi Kolej Profesional MARA (KPM)
Semakan keputusan dan rayuan bagi kemasukan ke Program Diploma dan Asasi Kolej Profesional MARA (KPM) 2022/2023 akan dibuka tidak lama lagi. Calon yang telah membuat permohonan boleh buat semakan secara atas talian melalui laman yang disediakan.
Calon yang berjaya mendapat tawaran kemasukan ke KPM perlu membuat pembayaran secara online dan pengesahan setuju terima tawaran sebagai tanda pengesahan anda memasuki program yang ditawarkan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk membuat semakan keputusan, bayaran dan pengesahan setuju terima tawaran.
Isi Kandungan
TARIKH SEMAKAN & RAYUAN KPM
Semakan kemasukan Program Diploma & Asasi KPM sesi 2022/2023 boleh dibuat pada:
- Tarikh Semakan & Rayuan Fasa 1: 19 – 23 Julai 2022
- Tarikh Semakan & Rayuan Fasa 1: 26 – 31 Julai 2022
SEMAKAN KEPUTUSAN KEMASUKAN KPM 2022
Calon yang telah membuat permohonan kini boleh membuat semakan keputusan secara online pada tarikh yang ditetapkan. Semakan boleh dibuat melalui laman berikut:
Anda hanya perlu masukkan nombor kad pengenalan dan klik SEMAK. Keputusan akan dipaparkan.
TARIKH PENDAFTARAN KEMASUKAN KPM
Pendaftaran bagi calon yang berjaya mendapat tawaran adalah pada:
- Tarikh pendaftaran Program Asasi di Kolej MARA Kuala Nerang: 2 Ogos 2022
- Tarikh pendaftaran Program Diploma di Kolej Profesional MARA: 4 Ogos 2022
PEMBAYARAN YURAN PENDAFTARAN
Tahniah sekiranya anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Program Diploma KPM! Langkah seterusnya adalah anda boleh membuat pembayaran Yuran Pendaftaran secara online melalui kaedah berikut:
- Melalui Aplikasi MARAeps; ATAU
- Layari https://bayar.maraeps.my
Log masuk atau Daftar baru (bagi pengguna kali pertama) untuk membuat pembayaran secara online.
PENGESAHAN SETUJU TERIMA TAWARAN
Sudah selesai membuat pembayaran yuran pendaftaran, ini bermaksud anda bersetuju menerima tawaran kemasukan ke KPM. Langkah seterusnya adalah membuat pengesahan setuju terima tawaran dengan langkah berikut:
- Buat pengesahan setuju terima tawaran di http://apponline.mara.gov.my/upimonline
- Masukkan nombor resit pembayaran
- Muat turun surat & dokumen tawaran
Siap! Anda kini telah bersetuju menerima tawaran kemasukan ke Program Diploma KPM Sesi 2/2021 ambilan Julai.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, anda boleh terus ke laman UPIM MARA atau hubungi:
- Unit Pusat Institusi MARA (UPIM)
Bahagian Pendidikan Tinggi MARA,
Tingkat 12, Ibu Pejabat MARA,
Jalan Raja Laut, 50609 Kuala Lumpur. - Tel: 03 – 26134075 / 4076 /4077