Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Dilanjutkan Selama 3 Bulan

Berita baik buat Peminjam PTPTN! Kerajaan telah memutuskan untuk melanjutkan lagi moratorium bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabungan Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) selama 3 bulan lagi kepada peminjam yang layak.

Tempoh lanjutan yang diberikan ini membuktikan kerajaan komited membantu semua lapisan masyarakat terutama golongan muda dan menyedari terdapat peminjam PTPTN yang masih terkesan dengan pandemik Covid-19.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut permohonan lanjutan bayaran balik pinjaman PTPTN.

PERMOHONAN PENANGGUHAN BAYARAN PTPTN

Peminjam PTPTN yang terkesan boleh mengemukakan permohonan melalui postal rasmi PTPTN pada tarikh berikut:

  • Mulai 5 Januari 2021 hingga 31 Mac 2021

TEMPOH PENANGGUHAN BAYARAN PTPTN

Tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman adalah seperti berikut:

  • Bermula dari bulan permohonan pelanjutan diluluskan

Butiran berkenaan pelaksanaan pelanjutan penangguhan bayaran balik pinjaman ini akan diperincikan oleh PTPTN.

Sebelum ini, kerajaan telah menangguhkan bayaran balik pinjaman PTPTN mulai 19 Mac 2020 hingga 31 Disember 2020 kepada semua peminjam PTPTN berikutan pandemik Covid-19. Bagi peminjam yang terkesan dan masih ingin melanjutkan lagi penangguhan bayaran balik PTPTN boleh buat permohonan pada tarikh yang ditetapkan.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh dibuat dengan menghubungi Careline PTPTN di talian 03 2193 3000 yang beroperasi Isnin hingga Jumaat dari 9 pagi hingga 5 petang.

Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Dilanjutkan Selama 3 Bulan

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma