[Rasmi] Tarikh Kemasukan Pelajar Ke IPT Tahun 2021 Telah Diumumkan Oleh KPT
Penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta beralih kepada pembelajaran dan pengajaran (PdP) dalam talian selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu susulan Covid-19.
Pasti ramai pelajar IPT yang rindukan suasana pembelajaran di kampus kan? Ada juga yang sudah selesa dengan pembelajaran secara dalam talian. Namun hari ini Kementerian Pengajian Tinggi telah mengeluarkan kenyataan rasmi tarikh kemasukan pelajar ke Institusi Pendidikan Tinggi bagi tahun 2021.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tarikh kemasukan pelajar ke IPT tahun 2021.
Isi Kandungan
TARIKH KEMASUKAN PELAJAR KE IPT 2021
Melalui sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 23 Disember 2020 telah meluluskan cadangan Kementerian Pengajian Tinggi (KTP) untuk membenarkan pelajar tempatan IPT kembali ke kampus secara berfasa mengikut IPT masing-masing pada:
- Tarikh kemasukan ke IPT: Seawal 1 Mac 2021
PELAJAR DARI ZON MERAH
Bagi pelajar dari Zon Merah, kemasukan pelajar adalah:
- 10 hari lebih awal
Untuk menjalani proses pengasingan demi memastikan mereka bebas Covid-19. Sementara itu, bagi IPT yang terletak di Sabah dan Sarawak, kemasukan pelajar tertakluk kepada prosedur yang diguna pakai oleh kerajaan negeri masing-masing.
KEMASUKAN PELAJAR ANTARABANGSA
MKN juga telah meluluskan cadangan KPT untuk membenarkan kemasukan:
- Semua pelajar antarabangsa sedia ada dan baharu di IPTA dan IPTS seawal 1 Januari 2021
- KECUALI dari United Kingdom
- Pelajar antarabangsa perlu memenuhi syarat kuarantin wajib selama 10 hari sebelum masuk ke kampus
KEBENARAN KEMASUKAN PELAJAR KE IPT
Keputusan membenarkan kemasukan pelajar ke IPT secara fizikal adalah bagi:
- Membolehkan pelajar tempatan dan antarabangsa mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara hibrid, iaitu secara bersemuka dan dalam talian
- Selari dengan hasrat kerajaan untuk memastikan kualiti pendidikan tinggi negara terjamin
Kementerian menyeru agar pelaksanaan aktiviti akademik di kampus dijalankan dengan mematuhi sepenuhnya langkah keselamatan serta mengamalkan pembudayaan norma baharu seperti:
- Sentiasa memakai pelitup muka
- Memakai cecair pembasmi kuman
- Menjaga penjarakan fizikal
Para pelajar boleh menghubungi Bilik Gerakan Covid-19 KPT yang dibuka 24 jam di talian 03-8870 6777/ 6949/6623/6124, melayari laman web IPT atau terus menghubungi IPT masing-masing bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai tarikh dan jadual kemasukan ke IPT.