Hadiah Hari Guru 2026: Tak Wajib, Ini Panduan Pilih Hadiah Bajet Rendah Yang Bermakna •MC Boleh Claim PERKESO 2026? Ini Syarat, Cara Mohon & Kesilapan Ramai Tak Sedar •Jangan Terpedaya Kerja Haram: Risiko Keldai Akaun, Scammer & Gaji Lumayan Palsu Yang Ramai Tak Sedar •Calon Temuduga Guru Wajib Tahu: Jangan Terlalu Fokus Fail Sampai Abaikan Persediaan Sebenar •Malaysia MADANI: Maksud, 6 Tonggak KEMAHI & Kepentingan Kepada Calon Guru • Hadiah Hari Guru 2026: Tak Wajib, Ini Panduan Pilih Hadiah Bajet Rendah Yang Bermakna •MC Boleh Claim PERKESO 2026? Ini Syarat, Cara Mohon & Kesilapan Ramai Tak Sedar •Jangan Terpedaya Kerja Haram: Risiko Keldai Akaun, Scammer & Gaji Lumayan Palsu Yang Ramai Tak Sedar •Calon Temuduga Guru Wajib Tahu: Jangan Terlalu Fokus Fail Sampai Abaikan Persediaan Sebenar •Malaysia MADANI: Maksud, 6 Tonggak KEMAHI & Kepentingan Kepada Calon Guru •

Cara Setkan “Auto Transfer” Setiap Bulan Dari CIMBclicks Ke Tabung Haji

Oleh Cikgu Shaari • December 31, 2020 • 2 min baca

Cara Setkan “Auto Transfer” Setiap Bulan Dari CIMBclicks Ke Tabung Haji
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Buat pindahan wang setiap bulan secara automatik adalah salah satu cara membuat simpanan yang paling efektif. Dengan cara ini, kita akan menyimpan secara paksaan tanpa banyak alasan.

Pasti ramai yang masih tidak tahu sebenarnya kita boleh membuat pindahan wang secara automatik setiap bulan dari akaun CIMB ke Tabung Haji dengan mudah. Kaedah ini dinamakan “auto-transfer” atau “scheduled transaction“.

Ikuti perkongsian di bawah untuk panduan membuat pindahan wang secara automatik ke Tabung Haji.

CARA SET AUTO TRANSFER  KE TABUNG HAJI

Berikut adalah langkah-langkah membuat pindahan wang dari akaun CIMBclicks ke Tabung Haji secara automatik setiap bulan:

  1. Login ke akaun CIMBclicks
  2. Dah login, pergi ke Setting dan pilih Scheduled Transaction di menu pilihan
    Cara Transfer Duit Dari CIMB Clicks Ke Tabung Haji Setiap Bulan Secara Automatik
  3. Klik Select a Service 
  4. Klik Pay Bills
    Cara Transfer Duit Dari CIMB Clicks Ke Tabung Haji Setiap Bulan Secara Automatik
  5. Pilih akaun CIMB anda dan Akaun Tabung Haji anda. Klik Submit
    Cara Transfer Duit Dari CIMB Clicks Ke Tabung Haji Setiap Bulan Secara Automatik
  6. Masukkan nombor akaun Tabung Haji anda dan maklumat pindahan wang. Klik Update
    Cara Transfer Duit Dari CIMB Clicks Ke Tabung Haji Setiap Bulan Secara Automatik

Siap! Pindahan wang secara automatik setiap bulan anda akan dilakukan seperti yang ditetapkan. Nak cancel auto transfer? Jangan risau, mudah sahaja!

CARA CANCEL AUTO TRANSFER

Berikut adalah langkah-langkah membatalkan auto transfer yang anda telah setkan:

  1. Pergi ke Pay & Transfer
  2. Klik pada Scheduled Transactions
  3. Klik Pending History
  4. Pilih transaksi yang anda nak batalkan
  5. Klik pada Stop this transfer/payment

Baca juga: Semak Baki Akaun Tabung Haji Secara Online Melalui THiJARI

Senang kan? Apabila dah mencapai target simpanan, anda boleh hentikan bila-bila masa sahaja. Kini tiada lagi alasan untuk anda tidak membuat sebarang simpanan. Bagi yang nak menyimpan di ASB setiap bulan secara automatik, anda juga boleh SETKAN AUTO-LABUR ASB dengan mudah.

Bagi yang nak buat pindahan wang dari CIMBclick ke Tabung Haji tetapi tidak mahu set pindahan bulanan automatik, anda juga boleh buat pindahan wang biasa.

Baca: Cara Transfer Duit Ke Akaun Tabung Haji Guna CIMB Clicks

Sumber

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.