Jabatan Perkhidmatan Awam: Dasar Bekerja Dari Rumah Berkuatkuasa Mulai 1 Januari 2021 

Kerajaan telah mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2020 bertujuan untuk melaksanakan keputusan Kerajaan berkaitan dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan.

Sebagai usaha berterusan penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan awam dan keperluan mengimbangi keperluan tugas dan kesejahteraan pegawai, maka Kerajaan telah bersetuju untuk mewujudkan dasar BDR sebagai alternatif cara bekerja baharu dalam perkhidmatan awam.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut Dasar Bekerja Dari Rumah.

DASAR BEKERJA DARI RUMAH

Berikut adalah beberapa info penting yang anda perlu tahu mengenai Dasar Bekerja Dari Rumah:

  • Mula berkuatkuasa 1 Januari 2021
  • Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan boleh dipertimbangkan untuk BDR berdasarkan syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan dalam pekeliling perkhidmatan yang dikeluarkan
  • BDR memperuntukkan pegawai melaksanakan tugas hakiki atau tugas-tugas rasmi lain dari Rumah pada hari bekerjanya sama ada secara sepenuh hari atau separuh hari bagi sesuatu tempoh, mengikut kesesuaian tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan awam dan diambil kira sebagai hadir bertugas.

PRINSIP PELAKSANAAN BDR

Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan hanya boleh BDR apabila:

  • mendapat arahan daripada Kerajaan; atau
  • mendapat arahan atau kebenaran daripada Ketua Jabatan.

Dalam keadaan tertentu, Ketua Setiausaha Negara atau Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam boleh mengarahkan mana-mana pegawai untuk BDR demi kepentingan perkhidmatan.

PERATURAN BDR

Bagi pegawai yang diarah atau dibenarkan BDR, perkara-perkara yang berikut hendaklah dipatuhi:

  • sentiasa berada di Rumah sebagai tempat bekerja dalam tempoh waktu bekerja yang ditetapkan;
  • sentiasa boleh dihubungi dalam tempoh, hari dan waktu bekerjanya;
  • sentiasa bersedia untuk hadir ke pejabat atau mana-mana lokasi lain yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dalam tempoh yang munasabah; dan
  • semua undang-undang, peraturan, pekeliling dan arahan yang berkuat kuasa dan terpakai kepada pegawai awam dari semasa ke semasa, termasuk antara lain, tetapi tidak terhad kepada:
    (i) Akta Rahsia Rasmi 1972 [Akta 88];
    (ii) Arahan Keselamatan;
    (iii) Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U (A)395/1993]; dan
    (iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61].

Pelaksanaan BDR hendaklah dipastikan tidak akan menjejas atau menyebabkan penyusutan kualiti penyampaian perkhidmatan dan prestasi kerja pegawai. Ketua Jabatan hendaklah menetapkan dan memantau pencapaian tugasan pegawai yang BDR.

TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN & PEGAWAI

Tanggungjawab Ketua Jabatan

  • Memberi arahan atau kebenaran secara bertulis
  • Memantau penyempurnaan sasaran atau tugasan pegawai
  • Memastikan semua tugasan pegawai BDR mematuhi peraturan yang ditetapkan

Tanggungjawab Pegawai

  • Mengemukakan alamat rumah sebagai tempat bekerja semasa BDR
  • Mematuhi peraturan yang ditetapkan
  • Mematuhi dan menyempurnakan semua tugasan semasa BDR

PANDUAN PELAKSANAAN BDR

Panduan umum mengenai pelaksanaan BDR berkaitan:

  • Kaedah Pelaksanaan;
  • Waktu Bekerja, Hari, Tempoh dan Tempat Semasa BDR;
  • Gaji, Elaun, Kemudahan dan Skim Perlindungan;
  • Kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi; dan
  • Pematuhan Peraturan

Boleh dirujuk dalam Garis Panduan Pelaksanaan Bekerja Dari Rumah seperti di Lampiran dalam Pekeliling Perkhidmatan berikut:

SOALAN LAZIM BDR

Berikut adalah soalan lazim Dasar Bekerja Dari Rumah:

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma