Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •Cara Jadi Guru Tuisyen Online Di Malaysia 2026: Platform, Kadar Bayaran & Tips Jana Income Dari Rumah •Nak Jadi Pro Dalam Social Media Marketing 2026? Ini Kemahiran Wajib Anda Kena Kuasai • Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •Cara Jadi Guru Tuisyen Online Di Malaysia 2026: Platform, Kadar Bayaran & Tips Jana Income Dari Rumah •Nak Jadi Pro Dalam Social Media Marketing 2026? Ini Kemahiran Wajib Anda Kena Kuasai •

KWSP Beri Peringatan Waspada 5 Jenis “Scam i-Sinar” Yang Sedang Berleluasa Ini. Sila Alert

Oleh Cikgu Shaari • December 30, 2020 • 3 min baca

KWSP Beri Peringatan Waspada 5 Jenis “Scam i-Sinar” Yang Sedang Berleluasa Ini. Sila Alert
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Ahli KWSP, sila ambil perhatian! Memandangkan pengeluaran simpanan Akaun 1 melalui i-Sinar KWSP kini sedang mendapat perhatian ramai, pastikan anda sentiasa berwaspada dengan scammer-scammer yang giat menjalankan aktiviti mereka sekarang.

Scammer atau penipuan secara online ini sentiasa bijak mencari peluang untuk “merompak wang ” mangsa dengan pelbagai cara secara atas talian. Jadi kita sebagai pengguna mestilah bijak dalam berurusan, jangan sampai terkena.

Pihak KWSP melalui laman Facebook telah memberi peringatan buat pengguna dengan jenis-jenis scam i-Sinar yang kini berleluasa.

4 JENIS SCAM i-SINAR KWSP

Panggilan Mengaku Ejen KWSP

Kalau dapat call daripada orang yang mengaku ejen KWSP nak tolong buat pengeluaran, tak payah layan dan terus letak. KWSP tidak pernah melantik mana-mana ejen untuk menguruskan simpanan anda. Dapatkan info yang sahih dan tepat hanya dari media sosial dan laman web rasmi KWSP.

Laporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan ke Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03 8922 6000.

KWSP Beri Peringatan Waspada 4 Jenis "Scam i-Sinar" Yang Sedang Berleluasa Ini. Sila Alert

Terima SMS Mengandungi Nombor OTP

Belum buat sebarang permohonan i-Sinar, tetapi terima SMS mengandungi nombor OTP? Kemungkinan data anda sedang digunakan! Sila laporkan ke talian hotline khas i-Sinar segera.

Sila laporkan ke talian hotline khas i-Sinar 03-89224848.

KWSP Beri Peringatan Waspada 4 Jenis "Scam i-Sinar" Yang Sedang Berleluasa Ini. Sila Alert

Dapat Panggilan Minta IC

Jangan panik. Kalau dapat call macam ni, semak dulu dengan orang-orang yang anda percaya. Jangan terus jawab apa-apa soalan untuk mengelakkan dari terkongsi maklumat peribadi dengan scammer. Terus hubungi Pusat Pengurusan Perhubungi KWSP di talian 03 8922 6000.

KWSP Beri Peringatan Waspada 4 Jenis "Scam i-Sinar" Yang Sedang Berleluasa Ini. Sila Alert

SMS Palsu Berkenaan Status Permohonan

Waspada dengan SMS palsu berkenaan status permohonan i-Sinar ini! KWSP tidak pernah melantik mana-mana pihak ketiga untuk menguruskan simpanan KWSP anda.

KWSP Beri Peringatan Waspada 4 Jenis "Scam i-Sinar" Yang Sedang Berleluasa Ini. Sila Alert

Aplikasi Palsu i-Sinar

Awas! Jangan terpedaya dengan tipu helah manusia tidak bertanggungjawab yang telah membina beberapa aplikasi yang kononnya memberi kemudahan maklumat mengenai i-Sinar KWSP. Pihak KWSP melalui laman Facebook memberi amaran ini kepada pengguna supaya tidak tertipu.

Lihat senarai Aplikasi Palsu i-Sinar KWSP DI SINI untuk sentiasa berwaspada.

PERINGATAN MESRA BUAT AHLI KWSP

Bagi mengelakkan ada individu yang menjadi mangsa penipuan atas talian yang sekarang tengah berleluasa, pastikan anda alert dengan peringatan berikut:

  • Sentiasa ikuti perkembangan isu terkini dari sumber yang sahih sahaja
  • Info palsu dari pihak ketiga bukan sahaja boleh mengelirukan malah boleh mengancam privasi dan keselamatan akaun anda
  • Ikuti laman web KWSP dan media sosial rasmi KWSP sahaja untuk perolehi info yang tepat
  • Hubungi talian yang tepat jika ada keraguan:
    – Pusat Pengurusan Perhubungi KWSP di talian 03 8922 6000; atau
    – Talian hotline khas i-Sinar 03-89224848.

Sama-sama kita sentiasa beringat dan berwaspada dengan setiap tindakan yang kita lakukan. Ingat, jangan sesekali dedahkan nombor OTP, Kad Pengenalan dan maklumat peribadi kepada pihak yang tidak pasti.

Semoga bermanfaat!

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.