Geran RM300,000 Buat Pekebun Kecil Untuk Penghasilan Getah Krip

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyediakan geran bagi setiap koperasi dianggotai pekebun kecil sebagai galakan golongan ini menceburi bidang perniagaan getah krip (crepe rubber).

Menurut menterinya, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, langkah itu mampu meningkatkan peranan dan taraf ekonomi pekebun kecil di negara ini.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut geran yang disediakan buat pekebun kecil.

KADAR GERAN PENGHASILAN GETAH KRIP

Bagi merealisasikan hasrat tersebut, kementerian bersedia memberikan geran:

  • Kadar geran: RM300,000

Geran akan disediakan kepada koperasi untuk membeli mesin memproses getah sekerap dengan getah krip. Pada peringkat permulaan kementerian menyasarkan 20 koperasi pekebun kecil menyahut cabaran memulakan perniagaan berkenaan.

MANFAAT GERAN

Penyediaan geran ini adalah bagi:

  • Meningkatkan pendapatan pekebun kecil menerusi produk baharu
  • Kaedah ini membolehkan koperasi membeli getah sekerap pekebun pada harga lebih tinggi kerana produk getah krip yang dihasilkan kelak juga mampu dijual dengan harga tinggi.

Ini kerana Perbadanan Lembaga Getah Malaysia (LGMPC) akan membeli getah krip terbabit kemudian menjualnya ke pasaran dunia. Keuntungan yang diperolehi koperasi akan dipulangkan kepada pekebun kecil selaku ahli koperasi menerusi pembayaran dividen lebih tinggi.

Sumber

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma