Permohonan Menduduki Peperiksaan Perkhidmatan Awam Tahun 2023 Kini Dibuka
Bagi yang tidak tahu, tujuan Peperiksaan Perkhidmatan Awam 2023 diadakan adalah sebagai memenuhi keperluan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) untuk pengesahan dalam perkhidmatan.
AKP dalam skim perkhidmatan tertentu dikehendaki lulus Peperiksaan Perkhidmatan bagi memenuhi salah satu syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan berkenaan bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan, kenaikan pangkat dan sebagainya.
Permohonan bagi tahun 2023 kini dibuka secara dalam talian. Semak jadual Peperiksaan Perkhidmatan Awam Tahun 2023 di perkongsian bawah.
Isi Kandungan
TEMPOH PERMOHONAN
Permohonan menduduki peperiksaan perkhidmatan awam tahun 2023 dibuka sepanjang tempoh berikut:
- Mulai 6 Disember 2022 hingga 9 Januari 2023
JADUAL PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM TAHUN 2022
Pengesahan Dalam Perkhidmatan
- Peperiksaan Perkhidmatan Dari Gred 11 hingga Gred 18 Siri 1 Tahun 2023
- Peperiksaan Perkhidmatan Dari Gred 19 hingga Gred 28 Siri 1 Tahun 2023
- Peperiksaan Perkhidmatan Gred 29 dan Ke Atas Siri 1 Tahun 2023
*Permohonan dibuka dua kali setahun iaitu Siri 1 dan Siri 2
Faedah Kewangan
- Ujian Pengambilan Nota/Nota Rintas Bagi Setiausaha Pejabat DAN Pembantu Setiausaha Pejabat Untuk Elaun Dwibahasa
- Peperiksaan Bagi Bayaran Insentif Tugas Pengurusan Stor (BITPS) Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
*Permohonan dibuka satu kali setahun
Peperiksaan Kenaikan Pangkat
- Peperiksaan Khas Untuk Kenaikan Pangkat ke Jawatan Penolong Pegawai Latihan Vokasional Gred DV30
- Peperiksaan Khas Untuk Kenaikan Pangkat ke Jawatan Pegawai Latihan Vokasional Gred DV42
*Permohonan dibuka satu kali setahun
Peperiksaan Peningkatan Secara Lantikan (PSL)
- Peperiksaan Khas Untuk Memasuki Skim Perkhidmatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19
- Peperiksaan Khas Untuk Memasuki Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29
- Peperiksaan Khas Untuk Memasuki Skim Perkhidmatan Pegawai Tadbir Gred N41
*Permohonan dibuka satu kali setahun
CARA MOHON
Permohonan untuk menduduki Peperiksaan Perkhidmatan Awam Tahun 2022 adalah dibuka sehingga 9 Januari 2023 bagi SEMUA permohonan. Untuk memohon, anda perlu membuat permohonan melalui laman berikut:
Peperiksaan Perkhidmatan Awam ini terbuka kepada PENJAWAT AWAM yang telah dilantik dalam Perkhidmatan Awam secara tetap sahaja. Pemohon hendaklah lengkap vaksinasi Covid-19 sebelum tarikh peperiksaan. Pengesahan daripada Pegawai Perubatan yang berdaftar perlu dikemukakan sekiranya belum lengkap/ pengecualian vaksinasi.
Untuk pertanyaan lanjut, anda boleh terus ajukan ke saluran dan talian berikut:
- Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia,
Bahagian Perkhidmatan, Sektor Penilaian Kompetensi,
Aras 4, Blok C3 Komplek C, Presint 1,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62510 W.P Putrajaya - Tel: 03 8000 8000
- Email: peperiksaan@jpa.gov.my