Cara Buat Semakan Jadual Permohonan/ Bayaran Pinjaman PTPTN Setiap Semester

Peminjam PTPTN dan individu yang bakal melanjutkan pengajian ke IPT yang telah membuat permohonan pinjaman PTPTN boleh buat semakan jadual permohonan dan jadual bayaran pinjaman setiap semester dengan mudah.

Semakan jadual permohonan/ bayaran pinjaman PTPTN boleh dilakukan secara online melalui laman web yang disediakan. Anda hanya perlu masukkan nama IPT sahaja, maklumat tarikh bayaran akan dipaparkan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk cara buat semakan jadual permohonan dan bayaran pinjaman.

SEMAKAN JADUAL PERMOHONAN/ BAYARAN PINJAMAN PTPTN

Berikut adalah langkah-langkah membuat semakan jadual permohonan/ bayaran pinjaman PTPTN:

  1. Klik pautan ptptn.gov.my
  2. Klik Semakan Jadual Permohonan/ Bayaran Pinjaman
    Cara Buat Semakan Jadual Permohonan/ Bayaran Pinjaman PTPTN
  3. Masukkan nama Kursus/ IPT anda untuk buat semakan. Klik tanda CARI
    Cara Buat Semakan Jadual Permohonan/ Bayaran Pinjaman PTPTN
  4. Senarai kursus di nama IPT yang anda masukkan akan dipaparkan. Klik Kursus Pengajian anda.
    Cara Buat Semakan Jadual Permohonan/ Bayaran Pinjaman PTPTN
  5. Lihat maklumat bayaran dan maklumat kursus yang dipaparkan
    Cara Buat Semakan Jadual Permohonan/ Bayaran Pinjaman PTPTN
  6. Maklumat bayaran mengikut kelompok dipaparkan di bahagian bawah. Klik CETAK jika anda perlu cetak maklumat tersebut.
    Cara Buat Semakan Jadual Permohonan/ Bayaran Pinjaman PTPTN

Baca: Syarat Membuat Pinjaman PTPTN Kali Kedua & Cara Buat Permohonan Online

PENGELUARAN PINJAMAN

Pengeluaran pinjaman pertama dibuat setelah pelajar memulangkan dokumen perjanjian lengkap kepada PTPTN.  Pengeluaran pinjaman kepada pelajar bagi semester berikutnya dibuat berdasarkan syarat-syarat berikut:

  • Masih meneruskan pengajian pada peringkat, jurusan dan IPT yang diluluskan
  • Lulus peperiksaan pada semester sebelumnya dengan keputusan Purata Nilai Gred (PNG) 2.0 ke atas; dan
  • Tidak menerima penaja lain

Adalah dimaklumkan PTPTN tidak terlibat di dalam urusan pemotongan yuran pengajian IPT. Amaun pinjaman akan dikreditkan terus ke akaun pelajar mengikut semester tertakluk kepada pengesahan yang diberikan oleh IPT.

Semakan pinjaman boleh dilakukan di Penyata Pinjaman dan penyata akaun bank peminjam. Sebarang pertanyaan melibatkan pemotongan yuran pengajian perlu dirujuk kepada IPT masing-masing.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma