Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Program Latihan & Kerjaya Sektor Perladangan Percuma. Elaun Latihan RM1,000 Sebulan & Jaminan Kerjaya

Oleh Cikgu Shaari • December 17, 2020 • 2 min baca

Program Latihan & Kerjaya Sektor Perladangan Percuma. Elaun Latihan RM1,000 Sebulan & Jaminan Kerjaya
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang kini menawarkan Program Latihan & Kerjaya secara PERCUMA kepada individu yang berhasrat untuk berjaya pada masa hadapan dalam sektor perladangan.

Program Latihan dan Kerjaya Dalam Sektor Perladangan (Operator Perladangan) merupakan sebuah program yang ditubuhkan untuk memberi peluang latihan khususnya dalam sektor perladangan. Program ini akan didedahkan dengan latihan asas dan praktikal bagi menghadapi dunia pekerjaan yang sebenar.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan peluang pekerjaan dan latihan yang ditawarkan, anda boleh rujuk maklumat lanjut permohonan di bawah.

MAKLUMAT PROGRAM

  • Nama program: Program Latihan Kerjaya Dalam Sektor Perladangan (Operator Perladangan)
  • Tempoh Program: 3 bulan sepenuh masa
  • Kemasukan: Februari 2021

SYARAT PENYERTAAN

Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja akan dipertimbangkan:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun hingga 35 tahun
  • Boleh membaca, menulis dan mengira
  • Sihat tubuh badan
  • Lulus ujian saringan dan tapisan keselamatan

KELEBIHAN PROGRAM

Antara kelebihan menyertai program latihan dan kerjaya yang ditawarkan adalah:

  • Tiada yuran program dikenakan
  • Tempat tinggal disediakan secara percuma
  • Makan minum disediakan sepanjang program
  • Perlindungan insurans sepanjang program
  • Elaun latihan diberi RM1000 sebulan
  • Jaminan peluang pekerjaan

CARA MEMOHON

Tarikh tutup permohonan adalah pada 8 Januari 2021. Sekiranya anda berminat untuk sertai program latihan dan kerjaya yang ditawarkan, anda boleh buat permohonan sekarang secara atas talian atau muat turun borang PKPP di bawah.

Untuk permohonan secara atas talian boleh dibuat melalui laman berikut:

Bagi permohonan secara manual, anda boleh dapatkan borang permohonan di bawah:

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.