Bonus Sebulan Gaji Penjawat Awam Dibayar Hujung Bulan Ini. Ini Senarai Bantuan Negeri Perak 

Belanjawan defisit bertemakan ‘Perak Negeri Berdaya Tahan, Mampan dan Inklusif’ itu melibatkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM1.215 bilion. Sebahagian peruntukan akan digunakan untuk memberi bayaran bonus kepada penjawat awam yang banyak berjasa.

Kerajaan Negeri Perak telah mengumumkan pemberian bayaran Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak sebulan gaji kepada semua penjawat awam negeri akan dibayar dalam bulan ini

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pembayaran bonus sebulan gaji penjawat awam Perak dan bantuan-bantuan lain yang diperuntukkan dalam Belanjawan Perak 2021.

TARIKH BAYARAN BONUS PENJAWAT AWAM

Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam akan dibayar pada:

  • Hujung bulan Disember 2020

MATLAMAT BANTUAN KHAS KEWANGAN PERAK

Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad berkata, BKK itu merupakan:

  • Penghargaan kerajaan negeri terhadap sumbangan dan komitmen penjawat awam sebagai tulang belakang pentadbiran yang melaksanakan tugas dengan amanah tanpa mengira waktu

PEMBAYARAN RM1000 DIPANJANGKAN

Selain daripada bayaran bonus sebulan gaji kepada penjawat awam, pembayaran RM1000 turut dipanjangkan kepada semua:

  • Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT)
  • Guru I’dadi
  • Guru Thanawi
  • Guru Tadika Islam
  • Tok Batin
  • Pekerja Sambilan Harian (PSH)

BANTUAN INDUSTRI PELANCONGAN

Sebagai kerajaan negeri yang prihatin terhadap penggiat industri pelancongan terkesan akibat pandemik Covid-19, Saarani turut mengumumkan bayaran bantuan:

  • RM700 kepada 300 pemandu pelancong berdaftar di negeri Perak
  • RM2000 kepada 200 syarikat agensi pelancongan dan pengembaraan berdaftar

PROGRAM BANTUAN SARA DIRI MAHASISWA

Selain itu, kerajaan negeri akan meneruskan Program Bantuan Sara Diri dan Kecemasan Mahasiswa bagi tahun 2021 dengan peruntukan berjumlah RM1 juta.

Program yang diperkenalkan sejak 2018 itu telah membantu 5,631 mahasiswa yang menghadapi kesulitan kewangan sepanjang tempoh pengajian dengan kadar bantuan sekali bayar:

  • RM700 untuk sara diri
  • RM300 hingga RM1000 untuk bantuan kecemasan

Mahasiswa negeri Perak yang memerlukan Bantuan Sara Diri dan Kecemasan ini boleh MOHON DI SINI.

BANTUAN KAD PERAK PRIHATIN

Kerajaan negeri juga akan meneruskan bantuan Kad Perak Prihatin dengan peruntukan sebanyak RM25.2 juta yang bakal memberi manfaat kepada kira-kira 20,000 orang penerima selain meneruskan program Kotak Makanan yang melibatkan peruntukan RM4 juta.

Sumber

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma