Permohonan Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah Dibuka

Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan dalam perkhidmatan Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman (keutamaan akan diberikan kepada rakyat Negeri Kedah Darul Aman) seperti yang diiklankan.

Pelbagai jenis jawatan ditawarkan buat calon yang berminat untuk mohon jawatan yang ditawarkan. Permohonan boleh dikemukakan secara online melalui laman yang disediakan.

Berikut adalah senarai jawatan ditawarkan dan cara membuat permohonan.

SENARAI JAWATAN KOSONG

Semak senarai jawatan kosong bertaraf tetap yang diiklankan berikut:

  • Pelukis Pelan (Seni Bina) / Penolong Pegawai Seni Bina Gred JA29 (Tetap)
  • Penolong Juruukur Bahan Gred JA29 (Tetap)
  • Penolong Pegawai Pertanian Gred G29 (Tetap)
  • Penolong Pegawai Syariah Gred LS29 (Tetap)
  • Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S29 (Tetap)
  • Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19 (Tetap)
  • Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19 (Tetap)
  • Pembantu Syariah Gred LS19 (Tetap)
  • Pembantu Setiausaha Pejabat / Setiausaha Pejabat Gred N19 (Tetap)
  • Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam) / Penolong Jurutera Gred JA19 (Tetap)

SYARAT LANTIKAN

Semak syarat lantikan dan gaji ditawarkan bagi setiap jawatan di bawah:

CARA MEMOHON

Pemohon hendaklah membuat permohonan secara online dengan melayari Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah di pautan berikut:

Permohonan jawatan kosong boleh dibuat mulai 15 Disember 2020 mulai 8 pagi sehingga 31 Disember 2020 (Khamis) jam 11.59 malam.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma