1,500 Jawatan Kosong Ditawarkan Di Karnival PenjanaKerjaya Negeri Kedah 2020. Daftar Sekarang
PERKESO Negeri Kedah dengan kerjasama Kementerian Sumber Manusia menganjurkan Karnival PenjayaKerjaya Negeri Kedah tahun 2020 yang menawarkan sehingga 1,500 jawatan kosong kepada pencari kerja yang memerlukan kerja pada waktu ini.
Karnival kerjaya ini adalah terbuka kepada semua golongan dengan penglibatan majikan dari pelbagai sektor.
Jangan lepaskan peluang ini, daftar sekarang dan dapatkan maklumat lanjut karnival di bawah.
Isi Kandungan
MAKLUMAT KARNIVAL
Karnival PenjanaKerjaya Negeri Kedah tahun 2020 akan diadakan seperti berikut:
- Tarikh: 26 Disember 2020 (Sabtu)
- Masa: 9.00 pagi hingga 4.00 petang
- Tempat: Dewan Cenderawasih Majlis Daerah Pendang, Kedah
KELEBIHAN KARNIVAL
Karnival ini bukan hanya menawarkan jawatan kosong, malah beberapa kelebihan lain seperti:
- Klinik Resume
- Kaunseling Kerjaya
- Penglibatan majikan dari pelbagai sektor
- Terbuka kepada semua golongan
- Kaunter Agensi
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Calon yang ingin hadir ke Karnival mestilah bawa bersama:
- Gambar berukuran passport yang mencukupi
- Salinan sijil & Sijil asal yang mencukupi
- Resume yang mencukupi
CARA DAFTAR
Sekiranya anda berminat untuk hadir ke Karnival PenjanaKerjaya yang diiklankan, anda perlu membuat pendaftaran awal terlebih dahulu dengan langkah berikut:
- Klik pautan https://careerfair.perkeso.gov.my/
- Klik pada butang REGISTER
- Pilih KARNIVAL PENJANAKERJAYA BELIA KSM NEGERI KEDAH dan klik Register
- Lengkapkan maklumat pendaftaran dan klik Register
- Setelah selesai mendaftar, anda boleh lihat senarai jawatan yang ditawarkan beserta maklumat temuduga
- Untuk mohon, klik Details pada mana-mana jawatan yang anda mahu
- Klik Apply
- Senarai jawatan yang anda mohon akan dimasukkan dalam List of Application
Setelah selesai mendaftar jawatan kosong yang anda berminat dan sesuai dengan kelayakan, anda diminta untuk tunggu makluman masa temuduga pada tarikh yang ditetapkan.
Semua calon yang menghadiri temuduga ini perlulah mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sepanjang Karnival ini dijalankan supaya keselamatan semua pihak yang terlibat terjamin.
Untuk keterangan lanjut, anda boleh hubungi salah satu talian berikut:
- En. Khairul: 019 256 2101
- En. Zulhabri: 012 612 6476