Pelbagai Peluang Kerja Di Karnival Kerjaya Secara Maya TOP GLOVE Buat Graduan TVET
Berita baik buat graduan lepasan TVET! Syarikat TOP GLOVE kini membuka tawaran kerja untuk graduan lepasan TVET dari pelbagai institusi melalui Karnival Kerjaya Maya (Virtual Career Fair) yang akan dilaksanakan pada 17 April 2021
Pelbagai jenis jawatan dari pelbagai jabatan ditawarkan buat graduan lepasan TVET yang berkelayakan. Permohonan awal secara online mestilah dilakukan sebelum 19 Disember.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut Karnival Kerjaya Maya TOP GLOVE dan cara membuat permohonan kerja.
Isi Kandungan
MAKLUMAT KARNIVAL KERJAYA
Karnival Kerjaya TOP GLOVE secara maya dijalankan seperti berikut:
- Tarikh: 17 April 2021
- Masa: 9 pagi hingga 6 petang
GOLONGAN SASARAN
Peluang ini terbuka untuk semua pelajar yang memiliki kelayakan berikut:
- Diploma
- Sijil dari UKBN
- IKTBN
- Politeknik
- ILP
- ABM
- IKM
- Giat Mara
- Kolej Komuniti
- Kolej Vokasional
- Kolej Kemahiran
- ADTEC
- Mana-mana TVET swasta
BIDANG KERJA DITAWARKAN
Pelbagai jenis jawatan ditawarkan dalam bidang-bidang berikut:
- Program Latihan Industri
- Quality Assurance
- Safety
- Finance & Internal Audit
- Supply Chain
- Sales & Marketing
- Human Resources
- Information Technology
- Research & Development
- Manufacturing & Engineering
CARA MEMOHON
Sekiranya anda ingin memohon jawatan yang ditawarkan oleh TOP GLOVE melalui karnival kerjaya secara maya, anda boleh buat permohonan sekarang sebelum 17 April 2021. Berikut adalah langkah-langkah membuat permohonan:
- Klik pautan www.tgvirtualcareerfair.com
- Pilih mana-mana jabatan kerja yang sesuai dengan kelayakan anda
- Setelah klik salah satu jabatan, anda diberi beberapa pilihan. ASK ME untuk pertanyaan, APPLY NOW untuk mohon jawatan, JOB DESCRIPTION untuk maklumat jawatan.
- Jika anda klik JOB DESCRIPTION, senarai jawatan dalam jabatan dipilih akan dipaparkan. Klik jawatan yang anda mahu untuk lihat info jawatan.
- Untuk mohon klik APPLY NOW. Klik Submit Candidates Information.
- Lengkapkan borang permohonan yang dipaparkan. Klik SUBMIT/ HANTAR
Setelah selesai isi borang pendaftaran, pihak TOP GLOVE akan menjalankan sesi saringan bagi menapis calon yang layak. Calon yang layak akan disenarai pendek untuk sesi temuduga.
Calon yang BERJAYA akan menerima emel jemputan temuduga manakala calon yang TIDAK BERJAYA akan menerima email penolakan. Temuduga secara maya akan dijalankan pada tarikh dan masa yang ditetapkan bagi calon yang berjaya.
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, anda boleh terus email ke alamat career@topglove.com.my.