Tarikh Bayaran Bantuan Khas Minimum RM1000 Buat Penjawat Awam Di Melaka 

Berita baik buat penjawat awam di Melaka! Kira-kira 5,000 penjawat awam di negeri Melaka akan menerima bantuan khas kewangan yang disalurkan oleh Kerajaan negeri Melaka mulai bulan ini.

Kerajaan negeri memberi peruntukan bantuan khas ini sebagai penghargaan kepada golongan penjawat awam.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pembayaran bantuan khas penjawat awam Melaka.

PEMBAYARAN BANTUAN KHAS PENJAWAT AWAM MELAKA

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, pemberian bantuan khas itu adalah berjumlah:

  • Setengah bulan gaji penjawat awam atau minimum RM1,000

Pembayaran bantuan akan dilakukan secara dua peringkat seperti berikut:

  • Bayaran pertama: Disember 2020
  • Bayaran kedua: Januari 2021

OBJEKTIF BANTUAN

Menurut Ketua Menteri, insentif itu diberikan atas sebab:

  • Kesetiaan golongan penjawat awam menerusi tonggak 5K iaitu ‘Komunikasi, Kolaborasi, Koordinasi, Kompetensi dan Kongsi Matlamat Bersama’ yang menjadi pegangan penjawat awam di melaka
  • Sebagai pemangkin semangat kepada golongan itu untuk memperhebatkan kecekapan dan perkhidmatan mereka
  • Sebagai penghargaan kepada golongan penjawat awam di Melaka

Menurut Ketua Menteri dalam pembentangan Belanjawan Melaka 2021, golongan ini akan mengikuti kursus profesional jangka pendek dengan badan-badan latihan diiktiraf.

BANTUAN ONE OFF & SAGU HATI BUAT RAKYAT

Selain bantuan penjawat awam, terdapat juga insentif kepada rakyat negeri ini berjumlah RM55juta termasuk bantuan one-off dan bayaran sagu hati seperti:

  • Nelayan
  • Pengayuh beca
  • Pengecualian cukai serta lesen

Sumber

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma