Garis Panduan Pemulangan & Pengagihan Buku Teks Sekolah Tahun 2020/2021
Memandangkan murid sekolah tidak dapat menjalankan sesi persekolahan seperti biasa tahun ini, pasti ada ibu bapa yang tertanya-tanya macam mana pelaksanaan pemulangan buku teks tahun ini dan pengagihan buku teks untuk tahun 2021.
Proses pemulangan dan pengagihan buku teks sesi persekolahan 2020 dan 2021 hendaklah mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak berkuat kuasa Majlis Tindakan Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui garis panduan pemulangan dan pengagihan buku teks sesi 2020/2021.
Isi Kandungan
SYARAT PEMULANGAN DAN PENGAGIHAN
Pemulangan dan pengagihan buku teks sekolah adalah melibatkan:
- Murid yang bebas daripada Covid-19 sahaja
- Bagi murid yang masih dalam tempoh rawatan, murid dalam tempoh kuarantin dan murid yang disahkan bergejala, pemulangan dan pengagihan hendaklah dibuat selepas murid tersebut disahkan bebas daripada Covid-19 oleh pihak berkuasa
- Sekiranya sesi persekolahan tahun 2021 telah dibuka tetapi sekolah berada di dalam kawasan PKP dan masih belum dibenarkan beroperasi, pemulangan dan pengagihan buku teks hendaklah dibuat setelah tempoh PKP tersebut tamat dan sekolah tersebut dibenarkan dibuka oleh pihak KPM dan JPN
PANDUAN PEMULANGAN BUKU TEKS
Berikut adalah panduan bagi pelaksanaan proses pemulangan buku teks:
Contoh Jadual Pemulangan Buku Teks Mengikut Tahun/ Tingkatan
Contoh Jadual Pemulangan Buku Teks Mengikut Kelas
PANDUAN PENGAGIHAN BUKU TEKS
Berikut adalah panduan bagi pelaksanaan proses pengagihan buku teks:
Contoh Jadual Pengagihan Buku Teks Mengikut Tahun/ Tingkatan
Contoh Jadual Pengagihan Buku Teks Mengikut Kelas
Ibu bapa dan murid sekolah perlu menunggu makluman daripada pihak sekolah untuk ketahui tarikh pemulangan dan pengagihan buku teks sekolah. Pastikan anda ambil perhatian dengan setiap pengumuman yang diberikan oleh pihak sekolah agar tidak terlepas apa-apa.