Tahun 2021: Murid Sekolah Dibenarkan Memakai Kasut Dan Stoking Berwarna Putih Atau Hitam

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa prihatin akan keperluan bagi ibu bapa menyediakan kelengkapan persekolahan anak masing-masing sebelum bermula sesi persekolahan baharu.

Bagi memudahkan ibu bapa dalam memenuhi keperluan tersebut, Mesyuarat Profesional KPM bertarikh 17 November 2020 telah memutuskan bahawa mulai tahun 2021, semua murid dibenarkan untuk memilih sama ada memakai kasut berwarna hitam atau putih beserta stoking mengikut warna kasut yang dipakai.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pelaksanaan peraturan pemakaian kasut dan stoking murid sekolah.

PELAKSANAAN PEMILIHAN KASUT & STOKING

Peraturan pemakaian kasut dan stoking oleh murid sekolah rendah dan menengah sepanjang sesi persekolahan mulai tahun 2021 adalah seperti berikut:

  • Kasut berwarna hitam hendaklah dipakai bersama-sama stoking berwarna hitam; atau
  • Kasut berwna putih hendaklah dipakai bersama-sama stoking berwarna putih

KPM juga telah menetapkan bahawa kasut adalah diperbuat daripada kanvas atau daripada bahan sintetik lainnya seperti nylon dan polyster yang mempunyai daya resap dan penyaluran gerak udara dengan mengambil kira faktor keselesaan, keselamatan dan kesihatan (3S).

TARIKH BERKUAT KUASA

Penguatkuasaan pemakaian kasut dan stoking murid sekolah ini adalah berkuatkuasa mulai:

  • 7 Disember 2020

Dengan berkuatkuasanya SPI ini, maka Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bilanan 10 Tahun 2018: Pelaksanaan Pemakaian Kasut Dan Stoking berwarna Hitam Oleh Murid di Sekolah Kementerian pendidikan Malaysia bertarikh 20 November 2018 adalah DIBATALKAN.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma