1,500 Jawatan Kosong Ditawarkan Di Karnival Penjana Kerjaya Secara Dalam Talian Negeri Johor
Kementerian Sumber Manusia dengan kerjasama PERKESO kini membuka peluang pekerjaan khas untuk rakyat Malaysia yang diberhentikan kerja di Singapura atau individu yang ingin mendapatkan pekerjaan.
Karnival PENJANA KERJAYA secara dalam talian Negeri Johor 2020 dilaksanakan bagi memberi peluang pencari kerja menghadiri temuduga secara dalam talian dan dapatkan pekerjaan yang sesuai dengan calon. Sebanyak 1,500 peluang kerjaya ditawarkan oleh pelbagai syarikat.
Temuduga secara dalam talian akan berlangsung pada tarikh yang ditetapkan secara online. Jika yang berminat boleh buat pendaftaran awal sekarang.
Isi Kandungan
MAKLUMAT TEMUDUGA
Temuduga melalui karnival PENJANA KERJAYA Negeri Johor akan dilaksanakan seperti berikut:
- Tarikh: 14 hingga 16 Disember 2020
- Masa: 8.30 pagi hingga 5 petang
- Kaedah temuduga: CICSO WEBEX
Muat turun CICSO WEBEX di sini:
PENDAFTARAN TEMUDUGA
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan peluang pekerjaan melalui karnival PENJANA KERJAYA Negeri Johor, anda perlu membuat pendaftaran bagi mengikuti temuduga terbuka bersama dengan majikan. Pendaftaran perlu dilakukan sebelum atau pada 11 Disember 2020 jam 11.59 malam.
Klik pautan berikut untuk borang pendaftaran karnival PENJANA KERJAYA atas talian Negeri Johor:
Setelah selesai mengisi borang pendaftaran, anda akan terima notifikasi seperti berikut:
Pendaftaran anda telah berjaya, anda hanya perlu tunggu makluman lanjut melalui emel dan boleh mula membuat permohonan kerja melalui pautan yang akan diberikan.
Untuk maklumat lanjut mengenai karnival PENJANA KERJAYA Negeri Johor, anda boleh hubungi:
- Puan Norazah: 011 2876 6032
- Encik Fadhil: 014 942 3830
- Encik Eizaideen: 019 253 7688