Daftar eKUD@KPLB 2020: Karnival Usahawan Desa Secara Online

Peluang menjana pendapatan melalui karnival usahawan secara online! Usahawan yang terjejas akibat pandemik Covid-19, jangan lepaskan peluang ini untuk meningkatkan semula jualan.

Pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia pada awal tahun 2020 telah menjadikan program berbentuk digital ini satu keperluan mustahak dalam usaha membantu usahawan luar bandar menjalankan perniagaan dengan norma baharu.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pendaftaran Karnival Usahawan Secara Online.

eKUD@KPLD 2020

Karnival Usahawan Desa secara dalam talian Tahun 2020 (eKUD@KPLB 2020) adalah julung kalinya dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) bermula dengan segmen Jualan Siber pada 11 dan 25 November 2020 serta Jualan Mega pada 4 hingga 6 Disember 2020.

Kesinambungan daripada KUD@KPLB Putrajaya 2019 telah mencetuskan idea untuk meneroka platform dalam talian berikutan potensi pasaran yang wujud pada ketika itu.

MANFAAT KARNIVAL USAHAWAN DESA eKUD@KPLB 2020

Karnival Usahawan Desa eKUD@KPLB 2020 ini memberikan pelbagai manfaat kepada usahawan dan peserta seperti:

  • Mengikuti program keusahawanan secara dalam talian selama 3 hari seperti webinar dan talk show keusahawanan dari panel serta usahawan berpengalaman
  • Membolehkan usahawan mempromosi dan memasarkan produk dengan lebih meluas
  • Menyebarkan kesedaran mengenai keusahawanan kepada orang ramai
  • Bagi peserta baru, ia merupakan pengalaman pertama berniaga secara online

AKTIVITI PENGUNJUNG

Bagi pengunjung yang menyertai karnival akan berpeluang mengikuti aktiviti berikut:

  • Demonstrasi Memasak
  • Urban Farming
  • Laman Ternakan
  • Jualan Langsung bersama
  • Membeli belah sambil memperoleh pengetahuan mengenai keusahawanan melalui webinar serta dapat merasai pengalaman baharu dengan kemunculan pameran secara maya

Peserta juga berpeluang menangi cabutan bertuah!

Daftar eKUD@KPLB 2020_ Karnival Usahawan Desa Secara Online

PROGRAM KARNIVAL USAHAWAN DESA

Antara program yang terdapat dalam Karnival Usahawan Desa eKUD@KPLB 2020 adalah:

  • Jualan Mega
  • Jualan Siber
  • Padanan Perniagaan
  • Pameran Digital
  • Seminar Digital

CARA DAFTAR

Tarikh untuk mendaftar sebagai pelawat dan usahawan adalah mulai 4 Disember 2020. Sekiranya anda berminat untuk sertai karnival online yang ditawarkan, ikut langkah-langkah berikut untuk mendaftar:

  1. Daftar masuk di dewanmaya.ekud.my/login/
  2. Sekiranya anda belum pernah mendaftar, klik butang KLIK SINI untuk pendaftaran.
    Daftar EKUD@KPLB 2020: Karnival Usahawan Desa Secara Online
  3. Sekiranya anda merupakan usahawan atau pempamer yang ingin memprosikan perkhidmatan anda, klik DAFTAR SEKARANG di bahagian USAHAWAN/ PEMPAMER.
    Daftar EKUD@KPLB 2020: Karnival Usahawan Desa Secara Online
  4. Sekiranya anda merupakan pengunjung yang ingin mengikuti aktiviti jualan, masukkan maklumat diminta dan klik DAFTAR SEKARANG di bahagian PENGUNJUNG.
    Daftar EKUD@KPLB 2020: Karnival Usahawan Desa Secara Online

Selesai mendaftar, anda boleh log masuk semula dan sertai karnival usahawan online yang dijalankan sehingga 6 Disember ini.

KELEBIHAN eKUD@KPLB 2020

Antara kelebihan usahawan yang menyertai eKUD@KPLB 2020 ialah:

  • Usahawan dapat memasarkan produk mereka secara online menerusi platform e-dagang seperti Lazada, Shopee, eBay, PrestoMall dan GrabMart.
  • Usahawan juga berpeluang menemui tradebuyers dari dalam dan luar negara secara digital.
  • Para usahawan berpeluang mengikuti program keusahawanan yang berlangsung dalam talian seperti iwebinar dan talk show dari para panel serta usahawan yang berpengalaman.
  • Usahawan boleh berinteraksi dengan pengunjung melalui virtual booth yang mengandungi maklumat produk, serta perkhidmatan yang ditawarkan.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus ke laman web ekud.my

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma