Pemohon i-Sinar Yang Layak Mendapat Kelulusan Secara Automatik
Permohonan pengeluaran i-Sinar KWSP telah diumumkan secara rasmi oleh pihak KWSP pada Rabu lepas. Secara umumnya, permohonan adalah terbuka kepada 8 juta Ahli KWSP.
Namun, sebelum pencarum KWSP mengemukakan permohonan pendaftaran i-Sinar pastikan anda rujuk kriteria kelayakan dan syarat permohonan isinar terkini yang telah ditetapkan bagi memudahkan urusan pengeluaran.
Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui golongan yang layak mendapat kelulusan i-Sinar secara automatik.
Isi Kandungan
2 KATEGORI PERMOHONAN
Pihak KWSP telah menetapkan terdapat 2 kategori yang layak untuk membuat permohonan iaitu:
Kategori 1
- Mereka yang layak termasuk ahli yang bekerja di sektor formal, yang bekerja sendiri, yang bekerja di dalam sektor ekonomi gig, yang sudah lama tidak mencarum, yang hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis cuti tanpa gaji.
Kategori 2
- Kategori ini adalah untuk ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa) selepas 1 Mac 2020, yang mana pengurangan tersebut hanya boleh dikenalpasti melalui dokumen yang diberikan.
Untuk syarat-syarat kelayakan bagi 2 kategori di atas dan senarai dokumen yang perlu dikemukakan untuk permohonan, anda boleh lihat di sini:
syarat permohonan i-sinar & dokumen yang diperlukan
Baca juga: Jumlah Pengeluaran i-Sinar Yang Dibenarkan Berdasarkan Baki Simpanan Akaun 1 KWSP
KELULUSAN SECARA AUTOMATIK
Masih keliru dengan syarat yang dinyatakan? Sebenarnya ramai antara anda yang boleh memohon i-Sinar. Lihat senario-senario yang dikongsikan oleh KWSP ini sebagai contoh: