Perkhidmatan Tren Rapid KL Percuma Hujung Minggu Ini Buat Golongan OKU
Tarikh 3 Disember setiap tahun telah diiktiraf sebagai sambutan Hari Orang Kurang Upaya (OKU) sedunia.
Bersempena sambutan Hari OKU Kebangsaan tahun ini, Prasarana Malaysia Bhd (Prasana) menawarkan penggunaan perkhidmatan tren Rapid KL pada hujung minggu ini secara percuma buat golongan OKU.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut kelayakan perkhidmatan tren Rapid KL percuma.
Isi Kandungan
PERKHIDMATAN TREN PERCUMA
Prasarana berkata tawaran itu turut diberikan kepada pembantu kepada OKU bagi menggunakan kesemua perkhidmatan rel kendalian Rapid KL iaitu:
- LRT Laluan Ampang/Sri Petaling
- LRT Laluan Kelana Jaya
- MRT Laluan Kajang
- Laluan Monorel
Tempoh tawaran perkhidmatan Rapid KL percuma adalah pada tarikh berikut:
- 5 Disember 2020 (Sabtu)
- 6 Disember 2020 (Ahad)
SYARAT KELAYAKAN
Tawaran khas tersebut hanya diberikan kepada individu OKU berikut:
- Warganegara Malaysia
- Pemegang OKU tempatan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat
- Pembantu OKU
Bersempena sambutan Hari OKU ini, Prasarana merakamkan penghargaan kepada pihak kementerian khususnya Jabatan Pembangunan OKU atas segala usaha gigih mereka memperkasakan kesejahteraan kehidupan golongan istimewa ini.
Masyarakat OKU turut menjadi penyumbang besar kepada proses pembangunan nasional (nation building), justeru bagi mencapai aspirasi ini, Prasarana akan terus bekerjasama dengan kerajaan dalam memastikan kesejahteraan kehidupan golongan tersebut terus terpelihara.