Cara Cetak Penyata Maybank Sendiri Secara Online

Nak mohon pinjaman peribadi atau pinjaman untuk pembelian rumah atau kereta? Setiap urusan permohonan pinjaman pasti akan memerlukan pemohon sediakan penyata atau statement bank sebagai bukti urusan transaksi dalam akaun bank.

Sebenarnya nak dapatkan penyata bank ni tak susah pun. Tak perlu pergi ke kaunter bank pun, boleh lakukan di rumah sahaja. Bagi pemegang akaun Maybank, apa yang perlu anda ada adalah akaun Maybank2u.

Bila dah ada Maybank2u, anda boleh cetak penyata Maybank anda dengan mudah. Lihat  cara cetak penyata Maybank di perkongsian bawah.

CARA PRINT PENYATA MAYBANK

Berikut adalah langkah-langkah cetak/ print penyata Maybank secara online:

  1. Pergi ke laman web maybank2u.com.my dan log in seperti biasa menggunakan username dan password.
    Cara Cetak Penyata Bank Maybank Sendiri Secara Online
  2. Anda akan masuk ke laman dashboard Maybank2u. Klik pada jumlah tersebut
    Cara Cetak Penyata Bank Maybank Sendiri Secara Online
  3. Pilih menu All Transaction History. Tetapkan tempoh penyata yang anda mahu lihat (Last 30 Days/ Last 60 Days/ Last 9 Days). Klik VIEW STATEMENT
    Cara Cetak Penyata Bank Maybank Sendiri Secara Online
  4. Setelah penyata Maybank anda dipaparkan, klik simbol Save
    Cara Cetak Penyata Bank Maybank Sendiri Secara Online
  5. Dah simpan, anda boleh terus cetak keluar penyata maybank anda

Bagi yang tidak mempunyai akaun Maybank2u, anda boleh daftar sekarang secara online dengan mudah. Pelbagai kemudahan disediakan melalui Maybank2u seperti pemindahan wang, semakan baki, pembayaran bill dan sebagainya.

Kenapa nak susah-susah berurusan di luar sedangkan anda boleh lakukan di rumah sahaja? Daftar akaun Maybank2u anda sekarang di sini:

daftar akaun maybank2u

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma