Cara Refund Tiket ETS Online 2026: Panduan Lengkap Guna KITS (Elak Rugi) •Bagasi Rosak Selepas Flight? Ini Cara Claim Ganti Rugi Di Airport (Panduan Lengkap 2026) •Sekatan Perjalanan Ke Luar Negara: Cara Semak Status Cukai LHDN & Elak Kena Tahan Di Airport •Tak Pandai Masak? Ini Cara Jadi Vendor Makanan 2026 Yang Menguntungkan •Cara Beli Rumah Tanpa Modal 2026: Teknik Full Loan, KWSP & Skim Kerajaan (Panduan Lengkap) • Cara Refund Tiket ETS Online 2026: Panduan Lengkap Guna KITS (Elak Rugi) •Bagasi Rosak Selepas Flight? Ini Cara Claim Ganti Rugi Di Airport (Panduan Lengkap 2026) •Sekatan Perjalanan Ke Luar Negara: Cara Semak Status Cukai LHDN & Elak Kena Tahan Di Airport •Tak Pandai Masak? Ini Cara Jadi Vendor Makanan 2026 Yang Menguntungkan •Cara Beli Rumah Tanpa Modal 2026: Teknik Full Loan, KWSP & Skim Kerajaan (Panduan Lengkap) •

Jumlah Pengeluaran i-Sinar Yang Dibenarkan Berdasarkan Baki Simpanan Akaun 1 KWSP

Oleh Cikgu Shaari • December 3, 2020 • 2 min baca

Jumlah Pengeluaran i-Sinar Yang Dibenarkan Berdasarkan Baki Simpanan Akaun 1 KWSP
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter
Permohonan pengeluaran i-Sinar dan pendaftaran i Sinar kini telah diumumkan secara rasmi oleh KWSP semalam. Semak jumlah kelayakan pengeluaran i-Sinar berdasarkan baki simpanan Akaun 1 KWSP anda.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan kriteria dan butiran kemudahan i-Sinar yang kini dibuka kepada sehingga 8 juta ahli yang layak.

Namun jumlah pengeluaran i-Sinar yang dibenarkan adalah tertakluk kepada baki simpanan Akaun 1 Ahli. Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jumlah pengeluaran i-Sinar yang dibenarkan buat anda.

JUMLAH PENGELUARAN i-SINAR

Jumlah kelayakan i-Sinar adalah tertakluk kepada baki simpanan Akaun 1 ahli berdasarkan butiran terkini seperti berikut:

Baki RM100,000 dan ke bawah

  • Ahli yang mempunyai baki RM100,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 boleh membuat pengeluaran sehingga jumlah maksimum RM10,000
  • Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000

Contoh:

Jumlah Pengeluaran i-Sinar Yang Dibenarkan Berdasarkan Baki Simpanan Akaun 1 KWSP

Nota: Ahli perlu meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1 untuk terus menikmati faedah sebagai ahli KWSP.

Baki lebih daripada RM100,000

  • Ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM100,000 dalam Akaun 1 boleh membuat pengeluaran maksimum 10% atau RM60,000 (yang mana lebih rendah) daripada Akaun 1
  • Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam(6) bulan dengan bayaran pertama sehingga RM10,000

Contoh:

Jumlah Pengeluaran i-Sinar Yang Dibenarkan Berdasarkan Baki Simpanan Akaun 1 KWSP

Jadi, berapa jumlah baki dalam simpanan Akaun 1 KWSP anda sekarang? Untuk memudahkan urusan permohonan pengeluaran nanti, lebih baik anda semak baki Akaun 1 dari sekarang. Tak perlu ke kaunter pun untuk semak baki Akaun 1, anda boleh semak secara online sahaja!

Baca: Cara Buat Semakan Baki Akaun 1 KWSP Untuk Pengeluaran i-Sinar

CARA MEMOHON I-SINAR KWSP

Sebelum pencarum KWSP mengemukakan permohonan pendaftaran i-SINAR pastikan anda rujuk kriteria kelayakan dan syarat permohonan isinar terkini yang telah ditetapkan. Terdapat 2 kategori yang dibenarkan untuk membuat permohonan.

Bagi memastikan kelancaran proses permohonan, ahli digalakkan untuk mendaftar i-Akaun, mengemaskini nombor telefon bimbit untuk menerima Transaction Authorisation Code (TAC) di kiosk KWSP atau kaunter KWSP dan memastikan nombor akaun bank anda masih aktif.

Klik pautan berikut untuk info permohonan i-Sinar:

permohonan i-sinar

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.