Pengeluaran KWSP i-Sinar Dan i-Lestari Dikenakan Zakat Atau Tidak? Baca Penjelasan Ini
Tahukah anda pencarum KWSP yang beragama Islam perlu membuat bayaran Zakat KWSP dan ianya diwajibkan sekiranya memenuhi syarat-syarat yang dikenakan kerana konsepnya sama seperti wang simpanan.
Zakat KWSP adalah satu zakat yang dikenakan kepada pencarum apabila simpanan KWSP dikeluarkan dan cukup nisab. Persoalannya, adakah mereka yang membuat pengeluaran KWSP melalui i-Sinar dan i-Lestari dikenakan zakat?
Bagi menjawap persoalan ini, anda boleh baca di bawah.
Isi Kandungan
ASAS PENGELUARAN I-LESTARI DAN I- SINAR
Asasnya bagi pengeluaran KWSP melalui i-Lestari dan i-Sinar:
- Bila keluarkan duit KWSP, ia jadi sebahagian dari pendapatan kita
- Jadi kena campur duit KWSP itu dengan pendapatan tahunan kita yang lain. Ini dalam keadaan normal biasa
Jika simpanan KWSP yang dikeluarkan itu simpan selama SETAHUN dan CUKUP HAUL, maka ia akan dikenakan sekali lagi sebagai zakat simpanan.
Namun menurut Fatwa 2017 di Selangor, duit keluar KWSP tidak perlu tunggu setahun. Ia wajib dikeluarkan zakat 2.5% semasa pengeluaran KWSP dibuat. Dan ianya tiada syarat Haul.
ZAKAT KWSP BAGI PENGELUARAN I-LESTARI DAN I-SINAR
Jadi berbalik kepada persoalan tadi, perlukah bayar zakat bagi pengeluaran KWSP melalui i-Lestari dan i-Sinar?
Jawapan:
Namun jika pengeluaran bukan terdesak seperti i-Lestari RM500 sebulan ketika mereka ada pendapatan lain, maka mereka ini WAJIB dikeluarkan zakat. Walaupun pengeluaran itu di bawah Nisab (RM18,500).
Baca juga: Tarikh Permohonan i-Sinar KWSP Bermula Disember 2020 & Cara Memohon
Semoga bermanfaat!