KPT-MEDAC Siswapreneur: Pembiayaan Perniagaan Disediakan Untuk Mahasiswa IPT
Golongan usahawan dari kalangan mahasiswa IPT bakal menerima manfaat pembiayaan untuk perniagaan melalui KPT-MEDAC Siswapreneur.
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam kenyataan media telah memeterai Memorandum Persefahaman dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) bagi melaksanakan Program KPT-MEDAC Siswapreneur.
Program ini menawarkan pembiayaan mikro kredit kepada golongan usahawan pelajar melalui TEKUN nasional.
Isi Kandungan
GOLONGAN SASAR
Pembiayaan mikro kredit yang ditawarkan melalui KPT-MEDAC Siswapreneur adalah mensasarkan usahawan pelajar dari:
- Universiti Awam (UA)
- Politeknik
- Kolej Komuniti
MATLAMAT KPT MEDAC SISWAPRENEUR
Dengan peruntukan berjumlah RM20 juta, matlamat KPT-MEDAC Siswapreneur adalah:
- Usahawan pelajar berpeluang untuk memula dan mengembangkan perniagaan mereka semasa dalam tempoh pengajian
- Menjangkakan jumlah usahawan pelajar dan ushawan graduan akan dapat ditingkatkan
- Membantu meringankan beban kewangan pelajar
15 IPT TERPILIH
Sebagai permulaan, Program KPT-MEDAC Siswapreneur akan dilaksanakan secara rintis di 15 buah IPT terpilih untuk tempoh 6 bulan pertama sebelum diperluaskan kepada IPT lain.
Pusat/ Unit Keusahawan IPT akan membuat saringan ke atas permohonan pembiayaan daripada usahawan pelajar yang berpotensi sebelum dikemukakan kepada TEKUN Nasional untuk kelulusan.
IPT perintis yang telah dikenalpasti ini terdiri daripada 4 buah Universiti Awam dan 11 buah politeknik dan kolej komuniti iaitu:
- Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
- Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
- Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
- Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP)
- Politeknik Sultan Abdul Halim Mua’adzam Shah (POLIMAS)
- Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS)
- Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS)
- Politeknik Sandakan Sabah (PSS)
- Politeknik Ungku Omar (PUO)
- Politeknik Kuching, Sarawak (PKS)
- Kolej Komuniti Baling
- Kolej Komuniti Kok Lanas
- Kolej Komuniti Arau
- Kolej Komuniti Manjung
- Kolej Komuniti Masjid Tanah
Sebarang maklumat lanjut mengenai pembiayaan usahawan pelajar melalui KPT-MEDAC Siswapreneur akan menyusul apabila mendapat maklumat terbaru.