Permohonan Bantuan Zakat Sara Hidup Pelajar USM Tahun 2020 Kini Dibuka

Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM) kini telah membuka tawaran untuk permohonan bantuan zakat sara hidup pelajar USM tahun 2020. Pelajar USM yang beragama Islam dan berkelayakan boleh buat permohonan sekarang.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 25 Disember 2020. Dapatkan borang permohonan yang dikongsikan di bawah dan hantar ke alamat yang disediakan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk semak syarat kelayakan dan info lanjut permohonan bantuan zakat.

SYARAT PERMOHONAN ZAKAT

Berikut adalah syarat-syarat umum permohonan zakat:

  • Beragama Islam
  • Warganegara Malaysia
  • Pelajar Ijazah Sarjana Muda USM
  • Pendapatan keluarga tidak mencukupi Had Al Kifayah
  • Tidak menerima bantuan dari mana-mana pihak atau telah menerima bantuan tetapi masih belum mencukupi

CARA MEMOHON

Sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan dan memerlukan bantuan zakat yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat sebelum tarikh tutup permohonan iaitu pada 25 Disember 2020.

Dapatkan borang permohonan di sini:

BORANG PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT USM 2020

Hantarkan borang permohonan yang lengkap diisi ke Pejabat Zakat, Kecemerlangan Perkhidmatan & Korporat Pusat Islam USM atau melalui emel berikut:

  • fakhry.norzilan@usm.my
  • izadiana@usm.my

Hanya borang yang lengkap akan diproses untuk selanjutnya. Pemohon tidak perlu memohon lagi sekiranya permohonan telah diluluskan. Kelulusan permohonan akan tamat pada tempoh berakhirnya pengajian Ijazah Sarjana Muda – Tempoh 4 Tahun.

Pemprosesan borang permohonan akan bermula pada bulan Disember 2020 sehingga tamat; Pemakluman pengkreditan wang bantuan Zakat Sara Hidup akan dimaklumkan melalui Whatsapp.

MAKLUMAT LANJUT

Maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan zakat boleh disalurkan dengan menghubungi pasukan Pusat Islam USM seperti berikut:

  • USTAZ ZAYD ZHARI
    (Timbalan Pengarah, Pusat Islam USM)
    Emel: zayd_zhari@usm.my
    Whatsapp: 013-408 7001
  • USTAZ MOHD FAKRUR AMIRUL MOHD RODZI
    (Ketua Sektor, Sektor Zakat, Kecemerlangan Perkhidmatan dan Korporat)
    Emel: fakruramirul@usm.my
    Whatsapp: 013-744 4214
  • ENCIK NOR FAKHRY SYAHIR BIN NORZILAN
    (Pembantu Tadbir, Sektor Zakat, Kecemerlangan Perkhidmatan dan Korporat)
    Emel: fakhry.norzilan@usm.my
    Whatsapp: 017-480 6517

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma