Permohonan Protege Ready To Work SME Bank Kini Dibuka. Elaun RM2000 Sebulan Buat Graduan

Pengambilan peserta PROTEGE-Ready To Work di SME Bank Group kini dibuka. Graduan yang berminat boleh melengkapkan permohonan di ruangan yang disediakan selewat-lewatnya 30 November 2020.

SME Bank ingin mengalu-alukan graduan warganegara yang berkelayakan untuk menyertai Program Protege dengan elaun bulanan RM2000.

Ikuti perkongsian di bawah untuk semak syarat kelayakan dan info lanjut permohonan Protege SME Bank Group.

MAKLUMAT PROTEGE

Berikut adalah maklumat mengenai program Protege yang ditawarkan:

  • Nama syarikat: SME Bank Group
  • Elaun bulanan: RM2000
  • Tempoh: 12 bulan
  • Penempatan: Enterprise Banking (Di seluruh Malaysia)
  • Jawatan: Executive, Relationship Management

SYARAT KELAYAKAN

Antara syarat kelayakan yang ditetapkan untuk mengikuti Program Protege yang ditawarkan adalah:

  • Graduan Warganegara Malaysia
  • Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang diiktiraf

KEMUDAHAN DISEDIAKAN

Graduan yang mengikuti Program Protege SME Bank akan memperoleh kemudahan berikut:

  • Cuti tahunan
  • Cuti sakit
  • SOCSO
  • SIP
  • Faedah rawatan kesihatan
  • Personal Accident Group Takaful

CARA MOHON

Sekiranya anda merupakan graduan yang berminat untuk menyertai program Protege di SME Bank Group, anda boleh mohon selewat-lewatnya 30 November 2020. Klik pautan berikut untuk mohon:

Permohonan adalah melalui laman LinkedIn. Pemohon dinasihatkan agar melengkapkan profil seperti yang diminta dan boleh mohon program yang ditawarkan melalui laman tersebut.

Permohonan Protege Ready To Work SME Bank Kini Dibuka. Elaun RM2000 Sebulan Buat Graduan

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma